BMW Motorrad RR Experience Track Day 2016
BMW Group Malaysia menganjurkan acara BMW Motorrad RR Experience Track Day, satu sesi tunggang uji jentera Supersports 4 silinder pertama yang dihasilkan oleh BMW, lagenda ‘Double R’ – BMW S 1000 RR. Diadakan di litar bertaraf dunia Sepang International Circuit (SIC), tunggang uji dan sesi trek itu dianjurkan bagi …
BMW R nineT Pure dan Racer Kembalikan Kegemilangan 1970-an
Didorong oleh kejayaan R nineT dan R nineT Scrambler yang diterima baik sejak pelancarannya pada 2013 dan 2015, BMW Motorrad kini memperkenalkan R nineT versi Pure dan Racer pula. Kedua-dua model tersebut dikuasakan oleh enjin ‘boxer’ berkapasiti 1,170 cc yang menghasilkan 110 hp, dan transmisi enam kelajuan. Ia dibina di …
Intermot: KTM Tayang 1290 Adventure R, S dan T
KTM mengembangkan barisan 1290 Adventure nya dengan pengenalan bukan satu atau dua, tetapi tiga model terbaru di pertunjukkan Intermot iaitu 1290 Super Adventure R, S dan T. Ketiga-tiga model ini dikuasakan oleh enjin yang sama iaitu LC8 1,013 cc V-twin yang diperkemaskinikan dengan penambahan intake baharu untuk prestasi lebih lancar. …
Ducati SuperSport di Intermot
Saban tahun, pertunjukkan motosikal Intermot menjadi pentas bagi pengeluar-pengeluar yang ingin bermegah dengan produk dan rekaan terbaru masing-masing. Tahun ini di Cologne, Jerman, hampir kesemua jenama utama ada produk segar yang diketengahkan termasuklah Ducati yang memperkenalkan model terbaru mereka iaitu SuperSport. Menurut jenama itu, SuperSport dibangunkan khas untuk mereka yang …
ARRC: West Catat Masa Terpantas di India
Pelumba Australia, Anthony West mencatat masa terpantas buat kali pertama dalam saingan SuperSports 600cc apabila menguasai hari pertama Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Buddh, New Delhi, India, hari ini. Pelumba Akeno Speed WJR Racing Team itu muncul pelumba tunggal daripada 20 pelumba keseluruhan …
ARRC: Izzat Zaidi Beraksi Dalam 2 Kategori Di India
Mohd Izzat Zaidi menggalas tugas besar apabila bakal beraksi dalam dua kategori dalam saingan pusingan kelima Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Buddh, New Delhi, India, 30 September hingga 2 Oktober ini. Selain turun bagi mengejar gelaran keseluruhan Underbone 130cc, Izzat yang kini menghuni tangga …
Cub Prix: Fazli Juara Di Temerloh
Ahmad Fazli Sham membuktikan dirinya masih berbisa sekalipun merupakan antara pelumba paling senior dalam kategori CP130 apabila berjaya meraih kemenangan kedua pada musim ini pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 yang berakhir di Temerloh, Pahang, hari ini. Bermula dari petak ketiga, pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor …
Yamaha Y15ZR GP Edition Dilancarkan – RM8,634
Penglibatan Yamaha dalam perlumbaan MotoGP melalui pasukan Movistar Yamaha telah terbukti membuahkan hasil. Untuk meraikannya, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan Y15ZR GP Edition baharu dengan warna dan grafik racing sama seperti yang dipakai oleh Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo. Digelar sebagai “raja jalanan”, Y15ZR mempunyai 15.1 hp dan …
Norizan: Tahun Mencabar Buat Pasukan
Norizman Ismail akui beberapa litar baharu yang diperkenalkan pada musim 2016 dilihat tidak banyak memberi kelebihan buat jentera Honda khususnya bagi kategori CP130 di dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016. Menjelang perlumbaan pusingan kelapan di Temerloh, Pahang, 24 dan 25 September ini, pelumba senior dari pasukan Harian Metro …
The Distinguished Gentleman’s Ride 2016 ke Pulau Pinang Hujung Minggu Ini
Pada 25 September ini, jalan-jalan di serata dunia akan digegarkan oleh deruman dari enjin motosikal klasik bersempena dengan acara “The Distinguished Gentleman’s Ride” (TDGR) yang bertujuan mengutip dana dan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan lelaki, khususnya kanser prostat dan pencegahan bunuh diri. TDGR diasaskan pada 2012 oleh Mark Hawwa di Sydney, Australia, …