Pemilik EV Di Texas Bakal Dikenakan Caj Tahunan USD200
Adakah pemilikan EV masih menarik jika pemilik EV perlu turut membayar cukai petrol? Di tanah helang botak, sebuah negeri telah membuat keputusan selepas banyak kritikan, untuk meluluskan rang undang-undang yang akan mengenakan caj tahunan sebanyak USD200 kepada pemilik kenderaan elektrik (EV). Negeri ini ialah Texas dan rang undang-undang ini masih …
“Larangan Aktiviti Hooning di Queensland – Adakah Ini Langkah yang Betul?”
Queensland memperkenalkan undang-undang anti-hoon yang ketat. Bagi mereka yang belum tahu, “hooning” adalah satu perkataan yang digunakan untuk menggambarkan perilaku bahaya di jalan raya, termasuk lumba haram, memandu dengan kelajuan tinggi, dan melakukan burnouts atau pun memandu sambil mabuk. Baru-baru ini, kerajaan Queensland memperkenalkan undang-undang anti-hoon yang paling ketat yang …
Bekas CEO MARii, Madani Sahari didakwa menerima rasuah RM5 juta
Madani Sahari dituduh menerima suapan besar semasa menjawat jawatan CEO MARii Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia, Robotik dan Internet of Things (MARii), Madani Sahari, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima suapan RM5 juta dua tahun lalu. Laporan ini telah disiarkan beberapa laman web berita termasuk FreeMalaysiaToday. Tuduhan itu …
Pemilik Stesen Minyak JB Didenda Kerana Membiarkan Kereta Asing Pam RON95
Pemilik stesen minyak didenda RM40,000 kerana kesalahan ini. Seorang pemilik stesen minyak yang berpangkalan di Johor Bahru (JB), Phan Chib Chan, 59, didenda RM40,000 di Mahkamah Sesyen minggu lalu kerana membenarkan kenderaan berdaftar asing mengepam RON95 kira-kira empat tahun lalu. Jika ada yang keliru mengapa ini begitu serius, RON95 diberi subsidi dan …
Tidak Perlu Papar Lesen Kenderaan Motor (LKM) Atau Roadtax Mulai Sekarang
PEMILIK kenderaan persendirian tidak lagi perlu lagi memaparkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau ‘roadtax’ dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian mereka secara fizikal mulai hari ini. Disebaliknya anda perlu muat naik aplikasi MyJPJ dan daftar di sana: Google Play App Store Tunjukkan kod QR anda sebagai bukti LKM anda sah. …
7 Kesalahan Tidak Boleh Dikompaun Berkuatkuasa Tahun Baru Cina Ini
Menteri Pengangkutan berkeras terhadap salah laku trafik Tahun Baharu Cina ini. Semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini, tujuh kesalahan lalu lintas utama tidak boleh dikompaun, bermakna mereka yang ditangkap melanggar undang-undang itu tidak akan ditawarkan denda, sebaliknya akan dirujuk ke mahkamah. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengumumkan demikian pada …
YB Anthony Loke Janjikan Pembaikan Pelekat Cukai Jalan Dan Pendigitalan JPJ
YB Anthony Loke meletakkan dua perubahan ini dalam agenda JPJ untuk 2023. Jabatan Pengangkutan Jalan, lebih dikenali sebagai JPJ, baru sahaja diberi dua tugas utama untuk tahun 2023 oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke. Dalam catatan Facebook malam tadi, Ahli Parlimen Seremban itu berkongsi agendanya untuk JPJ tahun ini. Agenda utama …
Tesla Dilarang Memanggil Driver Assist “Full Self-Drive” Di California
Adakah Malaysia dan negara lain akan turut melarangnya? 2022 hampir berakhir dan kita semua tahu apa maksud itu, tahun 2023 akan tiba. Dengan tahun baharu mendatang tidak lama lagi, dunia sedang memperkenalkan undang-undang baharu dan salah satu undang-undang baharu itu adalah di California dan ia menyatakan bahawa Tesla dilarang mengiklankan …
MPKB Tidak Boleh Kunci Tayar Kereta Di Dalam Petak Letak Kereta
Mahkamah Rayuan putuskan undang-undang kunci tayar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) tidak sah. Mahkamah Rayuan Malaysia Putrajaya hari ini secara sebulat suara memutuskan bahawa undang-undang kunci tayar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah tidak sah kerana bertentangan (ultra-vires) dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). Dalam penghakiman yang dibacakan oleh …
Pembaharuan Pengangkutan Yang Kami Ingin Lihat Di Bawah Kerajaan Perpaduan Baharu
Dengan Anwar Ibrahim menerajui negara dan kerajaan perpaduan pimpinan Pakatan, berikut adalah beberapa perubahan yang kami fikir adalah penting. Dato’ Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 dengan kerajaan perpaduan pimpinan Pakatan Harapan di Parlimen. Kali terakhir Pakatan Harapan memerintah, jelas terdapat beberapa kesilapan dan kompromi …