Jualan Global Porsche Masih Bertahan Walaupun Dilanda Pandemik
Umum mengetahui bahawa industri automatif terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 namun ada sesetengah jenama yang nampaknya mampu bertahan dengan baik setakat ini. Porsche, misalnya, mengumumkan bahawa mereka menyerahkan 191,457 unit kenderaan kepada pelanggan di seluruh dunia dari Januari hingga September tahun ini, hanya lima peratus lebih rendah berbanding tempoh yang …
49 Lagi Pekerja Proton Positif COVID-19
Proton hari ini mengumumkan bahawa 49 lagi kakitangannya telah didapati positif COVID-19, berikutan kes pertama yang dilaporkan pada 14 Oktober lalu. Dalam satu kenyataan rasmi, syarikat itu berkata bahawa semua pekerja yang terlibat adalah daripada bahagian Kejuruteraan dan kes telah dilaporkan kepada pihak berkuasa. Aktiviti pengesanan kontak sedang dijalankan dan …
Pekerja R&D Proton Positif COVID-19
Proton hari ini mengumumkan bahawa seorang pekerja di bahagian Penyelidikan & Pembangunan (R&D) di Shah Alam telah disahkan positif jangkitan wabak COVID-19 pada 14 Oktober 2020. Menurut syarikat itu, pekerja ini telah dihantar ke pusat rawatan kerajaan sebaik sahaja keputusan positif itu diketahui. Dalam satu kenyataan rasmi, Proton berkata bahawa …
Perodua Sumbang 7,700 Pelindung Muka Kepada 66 Sekolah Rendah
Perodua meneruskan inisiatif perlindungan awamnya dengan menyumbang lebih 7,700 pelindung muka kepada 66 sekolah rendah di kawasan Putrajaya dan Hulu Selangor baru-baru ini, untuk kegunaan kakitangan akademik dan sokongan. “Setelah menyumbang kira-kira 11,000 pelindung muka kepada sekolah sekolah menengah di Putrajaya dan Hulu Selangor pada Jun, Perodua kini menyumbang kepada …
Perodua Tweckbot Kembali Beroperasi Semula
Perodua meneruskan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan percuma, Tweckbot setelah beberapa bulan terganggu kerana wabak COVID-19. Pelanggan tidak perlu risau kerana langkah-langkah kesihatan dan keselamatan yang komprehensif akan dilaksanakan untuk memastikan keselamatan pekerja dan pelanggan. Ini termasuk pemeriksaan suhu dan penggunaan ruang legar yang lebih besar untuk menunggu, berunding dan memeriksa kenderaan. …
COVID-19: Rakyat Malaysia Masih Ragu-Ragu Guna Pengangkutan Awam
Rakyat Malaysia masih ragu-ragu untuk menaiki pengangkutan awam ketika dunia masih berdepan dengan COVID-19 dan lebih gemar memandu kenderaan sendiri sebagai langkah keselamatan. Hasil tinjauan oleh WapCar mendapati sebilangan besar responden lebih cenderung untuk berbelanja dengan lebih berhemah dan berjimat cermat untuk pembelian sebuah kereta. Hasil kajian turut menyokong trend …
Lelaki Guna Duit Bantuan COVID-19 Beli Lamborghini Huracan
Seorang lelaki dari Miami, Florida didakwa di mahkamah persekutuan Amerika Syarikat selepas didapati menggunakan duit bantuan Paycheck Protection Program (PPP) berjumlah $3.9 juta (RM16.6 juta) untuk membeli sebuah Lamborghini Huracan. Menurut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ), David T. Hines yang berusia 29 tahun didakwa atas tiga pertuduhan iaitu menipu bank, …
Perodua Sumbang 10,000 Lagi Pelindung Muka
Selepas menyumbangkan kira-kira 11,000 pelindung muka kepada sekolah menengah di Putrajaya dan Hulu Selangor pada bulan lalu, Perodua kini mengedarkan 10,000 lagi pelindung muka di daerah Hulu Selangor dan perbandaran Selayang. Penerima di Hulu Selangor termasuk Pejabat Kesihatan Daerah, klinik klinik komuniti dan pergigian, para penguatkuasa Jabatan Perlesenan Majlis Daerah …
Skrin Sentuh Tanpa Kontak Jaguar Land Rover Boleh Kurangkan Penyebaran Virus
Jaguar Land Rover (JLR) mengumumkan bahawa mereka telah menghasilkan skrin sentuh tanpa kontak bagi mengurangkan penyebaran bakteria dan virus. Dibangunkan dengan kerjasama para jurutera dari Universiti Cambridge, skrin sentuh tersebut juga dikatakan dapat membantu pemandu mengekalkan fokus mereka semasa memandu. Teknologi yang digelar sebagai ‘sentuhan prediktif’ itu menggunakan kecerdasan buatan …
Perodua Sumbang Lebih 5,000 Pelindung Muka Kepada Sekolah-Sekolah di Hulu Selangor
Menjelang pembukaan semula sekolah pada 24 Jun ini, Perodua telah menyumbang lebih 5,000 pelindung muka yang dihasilkan oleh rakan niaganya kepada 17 sekolah menengah di daerah Hulu Selangor. “Kami menyumbang pelindung muka ini untuk kegunaan para murid Tingkatan 5 dan 6, guru dan kakitangan sokongan semasa kembali ke sekolah setelah …