Perodua EZ MOBi – Khidmat Langganan Flit Untuk Syarikat
Semasa pelancaran Myvi facelift semalam, Perodua turut memperkenalkan satu lagi perkhidmatan langganan kenderaan yang dipanggil Perodua EZ MOBi. Perkhidmatan ini disasarkan untuk membantu syarikat-syarikat menguruskan flit kenderaan mereka dari perolehan, servis dan penggantian. “Pada dasarnya, EZ MOBi ini mewakili sumbangan nilai Perodua terhadap keperluan mobiliti para pelanggannya yang semakin meningkat. …