Kempen Servis Pertengahan Tahun Hyundai Dilanjutkan Sehingga 31 Ogos
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini mengumumkan pelanjutan kempen servis pertengahan tahunnya sehingga 31 Ogos ini. Kempen tersebut sepatutnya berakhir pada 31 Julai namun HSDM memutuskan untuk melanjutkannya selama sebulan lagi bagi membolehkan ia dimanfaatkan oleh pelanggan mereka yang tidak dapat berbuat demikian akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). …
Pemegang Hyundai Loyalty Card Dapat Diskaun Ekstra Untuk Alat Ganti Dan Kos Buruh
Pemegang Hyundai Loyalty Card yang menghantar kenderaan mereka untuk penyelenggaraan di mana-mana pusat servis bertauliah Hyundai akan menikmati diskaun 25 peratus ke atas alat ganti terpilih dan 15 peratus ke atas kos buruh, 10 dan 5 peratus lebih tinggi berbanding apa yang diberikan kepada pelanggan yang bukan pemegang kad itu. …