Jaguar XF Facelift Masuk Pasaran Malaysia – RM498,800
Jaguar Land Rover Malaysia baru-baru ini melancarkan Jaguar XF versi facelift ke pasaran tempatan. Sedan mewah itu ditawarkan dalam varian 2.0L R-Dynamic pada harga RM498,800 (termasuk 10% SST) sebelum cukai jalan, pendaftaran dan insurans. Di bawah bonet, enjin petrol Ingenium 2.0-liter empat silinder menghasilkan 250 PS dan 365 Nm. Kuasa …
Pusat 3S Premium SISMA Auto Hub Dibuka Di Glenmarie
SISMA Auto telah mengumumkan pembukaan SISMA Auto Hub, pusat 3S premium pelbagai jenama yang baharu di mana pelanggan boleh membeli, menjual atau mendapatkan servis bagi sebarang jenama kereta mewah. Tapak ini dahulunya merupakan pusat 3S Jaguar Land Rover di Glenmarie, Shah Alam. Ini berikutan langkah yang diambil oleh Jaguar Land …
Jaguar Land Rover Malaysia Gabung Operasi Perniagaan Runcit
Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM), yang merupakan satu usahasama antara Sime Darby Motors dan SISMA Auto, mengumumkan bahawa ia akan menyatukan operasi perniagaan runcit Jaguar Land Rover, menjadikan mereka satu-satunya pengimport dan pengedar jenama itu di Malaysia. Langkah ini merupakan sebahagian daripada perancangan syarikat untuk memajukan keupayaan servis dan perkembangan …
Land Rover Defender Akhirnya Masuk Pasaran Malaysia
Seperti yang dijanjikan, Jaguar Land Rover Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan Land Rover Defender serba baharu. Untuk pasaran Malaysia buat masa ini, SUV off-road didatangkan dalam versi 110 (lima pintu) dengan konfigurasi lima atau tujuh tempat duduk dan dua pilihan varian petrol iaitu P300 dan P400. Varian P300 menampilkan …
Land Rover Defender 110 Sah Lancar Di Malaysia 21 Oktober Ini
Penantian untuk Land Rover Defender 110 baharu bakal berakhir tidak lama lagi. Menurut Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM), model tersebut akan dilancarkan di Malaysia pada 21 Oktober 2021, jam 11 pagi. Peminat dijemput untuk menyaksikan acara pelancaran tersebut menerusi laman Facebook rasmi Land Rover Malaysia. Untuk pasaran Malaysia, Defender 110 …
Range Rover Velar P250 R-Dynamic Versi 2021 Kini Di Malaysia
Range Rover Velar 2.0L P250 R-Dynamic telah dikemas kini untuk model tahun 2021. SUV mewah dari Solihull itu kini hadir dengan rekaan dalaman yang dipertingkatkan serta beberapa kelengkapan baharu. Walaupun rekaan luaran kelihatan sama sahaja seperti sebelum ini, rekaan bahagian dalama Velar kini tampil lebih menarik dengan tombol gear dan …
Jaguar E-PACE Dapat Facelift Di UK Dengan R-Dynamic Black Edition
Jaguar melancarkan R-Dynamic Black Edition SUV kompak E-PACE mereka. Jaguar E-Pace baru-baru ini diberi satu facelift (yang sudah ada di Singapura, by the way). Kini, rangkaian telah diperbaharui dengan Edisi Hitam baharu pada tahap trim R-Dynamicnya. Apa yang baharu pada Black Edition ini adalah beberapa elemen luaran yang dipadankan dengan …
Jaguar Land Rover: Jenama Mewah Paling Laku Menjelang 2030?
Itulah apa perancangan “Reimagine” Jaguar Land Rover mahukan. Industri kereta sedang mengalami perubahan. Di Amerika Syarikat, Tesla berjaya menjual lebih banyak kereta berbanding Audi. Di Korea Selatan, Kia telah mengubah jenama mereka sepenuhnya. Dan di UK, kita sekarang diberitahu bahawa Jaguar Land Rover mempunyai perancangan untuk menempuh dekad ini. Pelan …
Defender Klasik Akan Kembali Dengan V8 575hp Supercharged
Sekiranya anda peminat Land Rover Defender klasik dan tidak terlalu berminat dengan model baharu moden, anda bernasib baik. Bowler, pembina SUV prestasi siap-rali yang terbaik, baru saja diberi lesen oleh Land Rover untuk menghasilkan kenderaan Defender klasik. Syarikat ini sebenarnya sudah menjadi sebahagian daripada Operasi Kenderaan Khas JLR. ‘Classic Defender’ …
Jaguar XE Facelift Kini di Malaysia
Tujuh bulan selepas ia dilancarkan di Singapura, Jaguar XE versi facelift kini ditawarkan di Malaysia dalam satu varian sahaja iaitu R-Dynamic. Sedan sport ini dijual pada harga RM395,831.02 selepas pengecualian cukai jualan. Mengekalkan bentuk keseluruhan seperti versi asal yang mula diperkenalkan pada 2015, XE kini tampil lebih lebar dan rendah …