Berhenti Di Lorong Kecemasan: PDRM Panggil Ahli Kelab Kereta
Perbuatan menghentikan kenderaan di lorong tanpa sebab merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. Mungkin tidak ada seorang pun ahli sebuah kelab pemilik Honda Civic yang terfikirkan perkara ini apabila mereka berkumpul di lorong kecemasan Lebuhraya Temiang-Pantai di Negeri Sembilan baru-baru ini. Berikutan tularnya gambar-gambar di media sosial, Polis Diraja Malaysia …