Mercedes-Benz-A-Class-1.0
Berita Auto

Mercedes-Benz A-Class Yang Pertama Diperkenalkan 25 Tahun Lalu!

Ya, sudah 25 tahun berlalu sejak Mercedes-Benz mula memperkenalkan A-Class. Apabila Mercedes-Benz melancarkan 190E, mereka menceburi bidang baharu dan menunjukkan bintang tiga bucu itu boleh muncul di rumah sebagai kereta penumpang jenis kompak. Mereka menjangkau lebih jauh dengan A-Class yang pertama ini, yang memulakan kerjayanya tepat 25 tahun lalu pada tahun …

READ MORE →
Mercedes-AMG-G-63-22 Edition 1.0
Berita Auto

Mercedes-AMG G 63 “Edisi 55” Meraikan 55 Tahun AMG

AMG berusia 55 tahun dan mereka meraikannya dengan G Wagon istimewa ini. Bercakap tentang prestasi, jenama AMG adalah antara yang terbaik dari Jerman. Mereka telah melakukannya selama 55 tahun, mengubah suai kenderaan Mercedes-Benz menjadi mesin yang siap sedia untuk trek. Daripada operasi 2 orang pada tahun 1967 kepada bahagian prestasi …

READ MORE →
Berita Auto

Mercedes-Benz C-Class W206 Dilancarkan Di Malaysia

Diperkenalkan di peringkat global kira-kira setahun yang lalu, Mercedes-Benz C-Class generasi W206 kini tiba di Malaysia dalam varian C200 Avantgarde dan C300 AMG Line. Buat masa ini, sedan itu hadir sebagai model import sepenuhnya (CBU) namun akan disusuli oleh versi pemasangan tempatan (CKD) tidak lama lagi. Dari segi penampilan, C-Class …

READ MORE →
Mercedes-Benz S-Class W223
Berita Auto

Harga Rasmi Mercedes-Benz S 580 e Diumumkan – RM698,744

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah mengumumkan harga jualan rasmi bagi Mercedes-Benz S 580 e yang dilancarkan ke pasaran tempatan pada Disember tahun lalu. Dipasang secara tempatan di Pekan, Pahang, sedan mewah itu dijual pada harga RM698,744 (OTR tidak termasuk insurans) dengan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan. Model generasi ketujuh ini direka …

READ MORE →
Mercedes-Benz S-Class W223
Berita Auto

Mercedes-Benz S-Class W223 Tiba Di Malaysia

Sedan flagship Mercedes-Benz iaitu S-Class generasi W223 akhirnya dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Hanya satu spesifikasi akan ditawarkan iaitu S 580 e, varian hibrid plug-in dengan enjin petrol 3.0 liter enam silinder sebaris. Harga model ini masih belum diumumkan, namun Mercedes-Benz Malaysia berkata bahawa ia akan dipasang secara tempatan (CKD) di …

READ MORE →
Petronas, Mercedes-Benz Malaysia, EV Connection
Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Petronas Akan Pasang Pengecas Pantas Di PLUS Dan LPT

Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengumumkan bahawa ia telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Mercedes-Benz Malaysia dan EV Connection, pengendali rangkaian JomCharge di Malaysia, bagi menempatkan pengecas pantas DC di stesen Petronas menjelang separuh pertama 2022. Kerjasama strategik ini dijalin bagi menangani masalah kekurangan pengecas pantas di Malaysia. Di bawah kerjasama …

READ MORE →
Berita Auto

Mercedes-Benz Panggil Semula Model Keluaran 2004-2016

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mengumumkan panggilan semula untuk model tertentu keluarannya yang dilengkapi dengan beg udara Takata. Langkah ini adalah bagi memastikan keselamatan pelanggan dan meningkatkan pemahaman mengenai kondisi model beg udara dalam kenderaan selepas tempoh yang panjang. Dalam satu kenyataan, MBM berkata pada 2019, Mercedes-benz melaksanakan panggilan semula di peringkat …

READ MORE →
Mercedes-Benz GLA CKD
Berita Auto

Mercedes-Benz GLA Kini Dalam Versi CKD – Dari RM242,888

Selain A-Class sedan, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut memperkenalkan GLA sebagai satu lagi model yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang pemasangan di Pekan, Pahang. Seperti model sedan itu, crossover kompak ini juga boleh didapati dalam varian Progressive Line dan AMG Line. Terletak di bawah bonet GLA 200 adalah enjin turbo …

READ MORE →
Mercedes-Benz A 200 CKD
Berita Auto

Mercedes-Benz A-Class Versi CKD Dilancarkan – Dari RM219,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkembangkan barisan model pemasangan tempatan (CKD) dengan pelancaran dua model kompak iaitu A-Class sedan dan GLA. Kedua-duanya boleh didapati dalam dua varian iaitu Progressive Line dan AMG Line. A 200 Progressive Line dikuasakan oleh enjin turbo 1.33-liter empat silinder dengan janaan 163 hp pada 5,500 rpm dan …

READ MORE →
Berita Auto

Mercedes-AMG E 63 S 4Matic+ Kini Di Malaysia – RM1.12 Juta

Selepas melancarkan E-Class facelift pada Julai lalu, Mercedes-Benz Malaysia hari ini memperkenalkan model paling berkuasa dalam barisan sedan eksekutif itu iaitu Mercedes-AMG E 63 S 4Matic+. Ia dijual pada harga RM1,188,888 (atas jalan tanpa insurans) termasuk cukai jualan 10 peratus. Sudah tentu, tumpuan utama sedan berprestasi tinggi ini terletak di …

READ MORE →