Jualan Proton Meningkat 107% Pada Februari
Berikutan bulan Januari yang mencabar di mana pengeluarannya terjejas teruk akibat isu banjir yang belum diselesaikan, Proton dalam satu kenyataan berkata ia kembali pulih pada bulan Februari dengan peningkatan jualan sebanyak 107%. Pengeluar kereta nasional itu berjaya menjual sebanyak 9,225 unit kenderaan (domestik dan eksport) pada bulan lepas, sekaligus membolehkan …
Proton Akan Akhiri 2021 Dengan Jualan Melebihi 100,000 Unit
Proton mengumumkan bahawa jualannya telah melepasi paras 100,000 unit untuk tahun ketiga berturut-turut. Menurut syarikat itu, jualan keseluruhan sebanyak 14,187 unit untuk domestik dan eksport pada bulan November telah memacu jualan semasa kepada 100,566 unit. Melihat kepada prestasi bulan November secara terperinci, jualan telah meningkat sebanyak 6.2 peratus berbanding Oktober …
Proton Saga Mula Dipasang Di Pakistan, Akan Diikuti Oleh X70
Proton mengumumkan bahawa Proton Saga kini mula dipasang di kilang produksi baharu milik Al-Haj Automotive di Karachi, Pakistan. Saga, yang merupakan model pertama Proton yang dipasang secara tempatan di negara itu, dilancarkan secara rasmi oleh Presiden Pakistan, Dr Arif Alvi dalam satu majlis yang diadakan pada 13 Oktober lalu. Menurut …
Proton Kembali Bangkit, Catat Jualan Lebih 10,000 Unit Pada September
Proton mencatat jualan sebanyak 10,380 unit bagi September 2021, iaitu bulan pertama di mana industri automotif beroperasi sepenuhnya berikutan perlonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dengan angka ini, syarikat itu mengekalkan kedudukan kedua dalam pasaran Malaysia. Pada masa yang sama, pegangan pasaran dianggarkan sekitar 23.9% berdasarkan anggaran jumlah keseluruhan industri (TIV) …
Proton Catat Jualan Eksport Tertinggi Sejak Mac 2013
Proton hari ini mengumumkan bahawa ia berjaya menjual sejumlah 669 unit kenderaan di pasaran eksport pada Mei 2021, iaitu jumlah tertinggi dalam tempoh 98 bulan sejak Mac 2013. Sehingga penghujung bulan Mei, jumlah jualan adalah sebanyak 174% daripada sasaran berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan hanya kurang 6% sahaja …
Jualan Proton Susut 37.1 Peratus Pada Mei
Proton telah mengumumkan prestasi jualannya bagi bulan Mei 2021, di mana syarikat itu menjual 9,440 unit kenderaan bagi pasaran domestik dan eksport. Jumlah tersebut menunjukkan penyusutan sebanyak 37.1 peratus berbanding April, dengan pegangan pasaran dianggarkan sebanyak 20.3 peratus. Menurut Proton, penyusutan tersebut disebabkan oleh isu kekurangan cip dan penguatkuasaan Perintah …
Proton Catat Peningkatan Jualan Untuk 3 Bulan Berturut-turut
Proton meneruskan momentum jualan pada tahun 2021 dengan mencatat pertumbuhan bagi bulan ketiga berturut-turut pada bulan April, di mana syarikat itu telah menjual sebanyak 15,017 unit bagi pasaran domestik dan eksport. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 0.18% berbanding bulan sebelumnya dan setara dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 26.7%. Secara keseluruhan, …
Proton Saga Masuk Pasaran Pakistan
Proton menambah pasaran antarabangsa dalam portfolio Saga dengan kemunculan sulung model itu di Pakistan awal bulan ini. Dengan pelancaran ini, Saga kini terdapat di lapan pasaran antarabangsa iaitu Brunei, Bangladesh, Mesir, Jordan, Kenya, Mauritius, Nepal dan Pakistan. Barisan Saga di pasaran Pakistan terdiri daripada tiga jenis, Saga MT, Saga AT …
Proton Jual Hampir 15,000 Unit Kenderaan Pada Mac 2021
Pencapai positif Proton bagi tahun 2021 berterusan apabila syarikat itu mencatat jualan sebanyak 14,989 unit pada bulan Mac, bersamaan dengan kenaikan 26.2% berbanding bulan Februari. Menurut syarikat itu, ini merupakan prestasi jualanan bulanan terbaik mereka sejak September 2013. Bagi prestasi jualan sukuan pula, Proton mencapai jumlah jualan terkumpul sebanyak 32,826 …
Jualan Proton Meningkat Hampir Dua Kali Ganda
Proton hari ini mengumumkan prestasi jualannya bagi bulan Februari 2021, di mana syarikat itu berjaya menjual 11,873 unit kenderaan di pasaran tempatan dan eksport. Menurut Proton, ia merupakan jumlah jualan tertinggi bagi bulan Februari dalam lebih 10 tahun. Bukan itu sahaja, pencapaian itu juga membolehkan syarikat itu mencatat pegangan pasaran …