Bentley Bentayga Facelift Dilancarkan di Malaysia
Berikutan debutnya di peringkat global pada Julai lalu, Bentley Bentayga facelift kini telah tiba di Malaysia dala versi standard dan First Edition, dengan harga masing-masing bermula dari RM743,900 dan RM935,000. Harga tidak termasuk duti, cukai, insurans dan pendaftaran. Bentayga First Edition tampil lebih menonjol dengan pakej Touring Specification dan Mulliner …
Honda CR-V Facelift Dibuka Untuk Tempahan
Honda Malaysia mengumumkan bahawa ia kini menerima tempahan untuk Honda CR-V facelift di semua 101 pengedar sahnya. Model ini dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun ini. Bahagian luaran SUV tersebut kini diperkemaskan lagi dengan gril baharu berwarna hitam dan kemasan krom pada bahagian bampar. Bahagian belakang pula menampilkan kemasan krom …
Proton X50 Terima Lebih 20,000 Tempahan Dalam Tempoh 14 Hari
Proton secara rasminya ngesahkan bahawa mereka telah menerima lebih 20,000 tempahan untuk X50 sejak tempahan untuk model itu dibuka pada 16 September. Menurut syarikat itu, jumlah tersebut melebihi jangkaan mereka. “Pihak PROTON ingin berterima kasih kepada para pelanggan yang menunjukkan minat yang amat tinggi kepada Proton X50. Kami di PROTON …
Haval Ada SUV Baharu Yang Dinamakan Cinta Pertama / First Love
Adakah SUV Ini Sedia Mencabar Proton X70? Haval telah berada di Malaysia sejak 2014 dan mereka mula beroperasi dengan nama perniagaan Go Auto yang ditubuhkan untuk menjadi penjaga jenama bagi pengeluar SUV terkemuka di China. Go Auto mempersembahkan kepada rakyat Malaysia produk pertama mereka, Haval H4 pada tahun 2014 dan …
Mitsubishi Bakal Perkenal Eclipse Cross Facelift
Keputusan Mitsubishi untuk melahirkan semula Eclipse sebagai sebuah crossover mungkin menimbulkan reaksi negatif sesetengah pihak, namun di sebalik itu, model tersebut tetap diterima baik di pasaran. Oleh itu, syarikat itu telah mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan Eclipse Cross versi facelift tidak lama lagi. Menurut Mitsubishi, Eclipse Cross facelift merupakan sebahagian …
Mercedes-Benz GLB Direka Untuk Kegunaan Keluarga
Mercedes-Benz Malaysia akan melancarkan model baru ini di Malaysia pada September 2020. Anda sudah boleh mengunjungi peniaga Mercedes-Benz pilihan anda setelah melihat gambar-gambar di bawah ini dan menonton video yang dilampirkan mengenai SUV keluarga ini. Bersaing secara langsung dengan Hyundai Santa Fe dan Kia Sorento, (kedua-dua SUV tujuh tempat duduk …
Proton X50 Boleh Ditempah Mulai 16 September
Proton X50 sudah mula dihasilkan di kilang pengeluaran baharu di Tanjung Malim yang telah siap dibina pada 2019 dengan kos RM1.2 bilion. X50 merupakan kenderaan kedua yang dilancarkan hasil dari perkongsian teknologi antara Proton dan Geely selepas X70. Ia bakal ditawarkan dalam empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship. …
Hyundai Tucson Serba Baharu Diperkenalkan
Setelah beberapa kali diacah, Hyundai Tucson serba baharu akhirnya diperkenalkan secara rasmi. Ia merupakan model global yang akan ditawarkan dalam versi ‘short wheelbase’ dan ‘long wheelbase’ bagi memenuhi keperluan pelanggan. Menggunakan bahasa rekaan Sensuous Sportiness, model generasi keempat in tampil dengan lampu nyalaan siang (DRL) yang diasimilasikan di dalam gril …
Mercedes-Benz GLS 450 4Matic Dilancarkan
Selain duo GLE Coupe, Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan model terbesar dalam rangkaian SUV mereka iaitu GLS. Ia ditawarkan dalam varian GLS 450 4Matic pada harga bermula dari RM899,888 (atas jalan tidak termasuk insurans). Bermula dari bahagian luaran, GLS 450 didatangkan dengan kit badan AMG Line yang dipadankan dengan rim AMG …
Kia Seltos Dibuka Untuk Tempahan
Naza Kia Malaysia mengumumkan tempahan untuk Kia Seltos telah mula dibuka di bilik pameran Kia terpilih. Pelancaran model ini dijangka dibuat pada Oktober hadapan. Seltos akan ditawarkan dalam dua varian iaitu EX dan GT Line. Kedua-duanya boleh didapati dalam warna Glacier White Pearl dan Gravity Grey. Warna Intense Red adalah …