VOTY 2021//Electric Car of the Year – Porsche Taycan
Ketika Porsche Taycan diperkenalkan buat pertama kali pada 2019, ramai yang teruja dengan kehadiran kereta sport elektrik itu namun tidak kurang juga ada yang agak ragu-ragu dengannya dan mempersoalkan sama ada ia layak atau tidak memakai lencana jenama dari Stuttgart itu. Bagi menghapuskan segala keraguan yang ada, pengedar rasmi kenderaan …
VOTY 2021//7-Seat SUV of the Year – Land Rover Discovery TD6 HSE
Jika anda mahukan sebuah SUV yang ultra mewah dan pada masa yang sama mampu mengharungi permukaan muka bumi yang mencabar tanpa sebarang masalah, tiada kenderaan lain yang lebih hebat daripada Land Rover Discovery. Harganya memang mahal, namun anda akan mula menghargai apa yang ditawarkan oleh jentera ini setelah memandunya. Sebaik …
VOTY 2021//Crossover of the Year – Hyundai Kona Smartstream
Bersaing dalam segmen yang didominasi oleh Honda HR-V sejak bertahun lamanya bukanlah sesuatu yang mudah, namun pujian harus diberikan kepada pihak Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) di atas percubaan berani syarikat itu untuk menjatuhkan pemegang takhta dengan Hyundai Kona. Ya, reka bentuk adalah perkara subjektif namun kami sejujurnya merasakan yang Kona …
VOTY 2021//Hot Hatch of the Year – Suzuki Swift Sport
Suzuki menandakan kepulangannya ke pasaran Malaysia setelah beberapa tahun menyepi dengan pelancaran model hot hatch yang ditunggu-tunggi iaitu Swift Sport. Tidak seperti model-model terdahulu yang dikuasakan oleh enjin naturally aspirated (NA), Swift Sport generasi baharu tampil dengan enjin turbo. Namun adakah ini kelebihan utama model ini? Mungkin tidak. Betul, enjin …
VOTY 2021//Pickup Truck of the Year – Isuzu D-Max X-Terrain
Bukan mudah bersaing dalam segmen yang terdiri daripada model-model lain yang namanya lebih besar, namun Isuzu D-Max X-Terrain berjaya mencuri hati para juri untuk memenangi gelaran Pickup Truck of the Year tahun ini dengan rekaan luarannya yang segak, ruang dalaman yang setanding dengan SUV dan prestasi yang terpuji. Tidak seperti …
AKIO TOYODA Dianugerahkan Tokoh Kereta Dunia 2021
Teka siapa finalis dalam anugerah World Car Person Of The Year 2021 ini? Kami beruntung dapat bertemu dengan Akio Toyoda yang karismatik di Tokyo Motor Show 2019 dan up close and personal, dia sangat bertenaga dan sangat mudah didekati. Dalam keynotenya, dia sudah siap memberi petunjuk tentang mobiliti generasi akan …
VOTY 2020//Crossover Tahunan – Mazda CX-30
Ini merupakan model CX-30 yang pertama dalam sejarah Mazda. Melihat kepada namanya, anda mungkin fikir ia mempunyai banyak persamaan dengan CX-3 tetapi ia sebenarnya merupakan versi crossover kepada Mazda3 generasi keempat yang diperkenalkan di peringkat global pada akhir 2018. Dari segi saiz, model ini diposisikan di antara CX-3 dan CX-5 …
VOTY 2020//Supercar Tahunan – Porsche 911 Carrera S
Untuk anugerah tahun ini, supercar yang menjadi pilihan kami adalah Porsche 911 Carrera S generasi 992 yang dilancarkan di Malaysia pada pertengahan tahun lalu. Secara umumnya, jentera dari Stuttgart ini menunjukkan bahawa ia jauh lebih mudah dipandu dan tidak menakutkan seperti supercar-supercar lain yang pernah kami pandu uji. Untuk generasi …
VOTY 2020//Trak Pikap Tahunan – Isuzu D-Max 1.9L BluePower
Kekuatan D-Max baharu terletak enjin baharu Isuzu yang mempunyai kapasiti paling kecil dalam kelasnya. Enjin BluePower itu telah terbukti ketahanannya di Thailand namun untuk pasaran Malaysia, ia melalui ujian secara meluas terlebih dahulu bagi memastikan ia sesuai untuk digunakan di sini. Walaupun bersaiz kurang dua liter, enjin itu menjana kuasa …
VOTY 2020//Sedan Kompak Tahunan – Perodua Bezza
Untuk tahun 2020, sedan kompak kegemaran rakyat Malaysia diberikan penambahbaikan yang agak menyeluruh. Pertama, dari segi reka bentuk, Bezza kini mempunyai wajah yang lebih kacak manakala rekaan bampar turut diperkemaskan sekaligus memberikannya penampilan keseluruhan yang lebih segak. Bukan itu sahaja, Perodua turut menambahbaik kelengkapan pada Bezza untuk memberikan pengalaman pemanduan …