VOTY 2020// Hot Hatch Tahunan – Mercedes-Benz A250
Walaupun tidak dibangunkan sebagai sebuah ‘hot hatchback’ sebenar, Mercedes-Benz A250 mempunyai semua eleman yang melayakkannya memenangi anugerah ini: reka bentuk yang hebat, enjin yang berkuasa dan pengendalian yang responsif. Bercakap tentang enjin, 224 hp dan 350 Nm cukup untuk meletakkan model ini di sisi pesaing terdekatnya iaitu Golf GTI. Kotak …
VOTY 2020//Kereta Sport Tahunan – Toyota GR Supra
Adil jika dikatakan bahawa Supra generasi kelima merupakan kereta yang paling ditunggu-tungu pada tahun lalu. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana kereta sport ini berstatus lagenda dan mempunyai pengikut yang besar bukan sahaja di negara kelahirannya malah di seluruh dunia termasuk Malaysia. Seperti yang dijangka, versi terbaru model ini hadir …
VOTY 2020//Sedan Eksekutif Tahunan – Lexus ES 250
Bersaing dalam segmen sedan eksekutif bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya jika dihadiri oleh model-model keluaran Jerman yang sudah tentu mempunyai reputasi yang tinggi di negara ini. Bagaimanapun, Lexus membuktikan yang ia mampu memberi tentangan hebat dengan ES 250. Dari segi penampilan, jeriji ‘spindle’ yang merupakan tanda dagang Lexus nampak serasi …
VOTY 2020//Kereta Kompak Tahunan – Toyota Corolla
Toyota Corolla Altis baharu dilancarkan di Malaysia pada tahun lalu dalam versi CBU dengan enjin NA 1.8-liter yang dibawa dari model terdahulu. Walaupun dikuasakan oleh enjin lama, model generasi ke-12 ini tampil dengan reka bentuk yang lebih segar dan yang lebih penting, ia dibina di atas platform Toyota New Generation …
VOTY 2020//Sedan Sport Tahunan – Volvo S60 T8
Jika anda mahukan sebuah sedan sport berkuasa tinggi dan segak, Volvo S60 T8 adalah jawapannya. Selain mempunyai jumlah kuasa tertinggi dalam kelasnya, sedan ini juga boleh dipandu dengan menggunakan kuasa elektrik sahaja sejauh kira-kira 49 km kerana ia menggunakan pacuan hibrid plug-in. Dalam erti kata lain, ia adalah sebuah sedan …
VOTY 2020//Crossover Mewah Tahunan – Lexus UX
Dilancarkan pada Mac tahun ini, Lexus UX menghadapi tentangan yang sengit daripada pesaing-pesaing dari Jerman yang tidak asing lagi dalam segmen yang popular ini. Tetapi kemenangan tetap berpihak kepada crossover dari Jepun ini yang tampil dengan rekaan revolusioner dan pelbagai kelengkapan canggih. Ya, reka bentuk adalah sesuatu yang subjektif tidak …
VOTY 2020//SUV Mewah Tahunan – Volvo XC90 T8
Untuk tahun 2020, Volvo XC90 diberikan sedikit penambahbaikan yang melibatkan kelengkapan (bateri berkapasiti lebih besar) dan juga penampilan (jeriji cekung, serta rekaan rim dan tombol gear baharu). Apa yang menarik, ciri-ciri baharu ini diberikan tanpa sebarang kos tambahan dan ini boleh dilihat sebagai satu penjimatan dan kelebihan berbanding pesaing-pesaing terdekatnya. …
VOTY 2020//Sedan Mewah Tahunan – BMW 7 Series
Tidak seperti sebelum ini, 740Le versi facelift (atau LCI dalam bahasa BMW) hadir dengan enjin enam silinder dan ini bermakna ia mempunyai perwatakan pemanduan yang lebih garang. Ini bersesuaian dengan reka bentuknya yang kini lebih segak dan bergaya. Jeriji kidney’ yang besar itu pada mulanya tampak janggal, namun lama-kelamaan ia …
VOTY 2020//SUV 7 Tempat Duduk Tahunan – Hyundai Santa Fe
Hyundai Santa Fe generasi keempat yang dilancarkan di Malaysia pada tahun lalu dipilih sebagai pemenang kategori ini kerana ia menawarkan gabungan kualiti binaan, pakej dan prestasi yang lebih baik berbanding pesaing-pesaingnya. Reka bentuknya yang menarik perhatianjuga mencerminkan sejauh mana Hyundai telah maju sebagai sebuah pengeluar automotif dari Asia. Sebagai sebuah …
VOTY 2020//Kenderaan Tahunan – Proton X70 (CKD)
Walaupun mengambil masa yang lebih lama daripada yang dijadualkan, Proton X70 versi pemasangan tempatan (CKD) akhirnya dilancarkan dengan bukan satu atau dua tetapi 17 perubahan, pada harga yang lebih menarik. Ia juga menjadi model pertama yang mengguna pakai logo Proton baharu. Salah satu daripada perubahan tersebut adalah penggunaan transmisi dwi-klac …