Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha Motor dan Yamaha Music Umum Kerjasama

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini mengumumkan kerjasama mereka dengan Yamaha Music (M) Sdn. Bhd. Kerjasama itu telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan HLYM Dato ‘Jim Khor dan Pengarah Urusan Yamaha Muzik Nobuhide Ito di Yamaha Automatic World Motorshow yang sedang berlangsung di Berjaya Times Square.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Kerjasama ini dimulakan melalui satu siri perbincangan dengan matlamat tunggal untuk menggunakan kelebihan kedua-dua pihak dalam usaha mengembangkan lagi segmen motosikal dan industri musik. Tambahan pula. dengan trend “Living a Lifestyle”. kedua-dua pihak saling melengkapi dalam penjenamaan bersama, promosi, penjualan silang (cross-selling) dan juga penembusan asas pelanggan.

Yamaha

Yamaha Automatic World Motorshow adalah salah satu dari barisan aktiviti yang akan dijalankan oleh kedua-dua syarikat Yamaha tersebut. Berlangsung dari 22 hingga 24 Julai, motorshow tersebut menempatkan barisan produk automatik Yamaha, termasuk motosikal konsep dan model-model yang tidak dijual secara rasmi di negara ini.

Yamaha

Dengan kelebihan Yamaha Music dalam bidang pendidikan dan kekuatan pemasaran dan pengurusan pelanggan Yamaha Motor, kerjasama ini jelas akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak.

Yamaha

Sebagai tanda simbolik untuk mengukuhkan kerjasama itu, 100 pelanggan pertama Ego Avantiz akan mendapat fon kepala Yamaha secara percuma. Skuter 125cc itu dilancarkan semalam dengan harga anggaran RM5,700.

Previous post

General Motors Co. Mengumumkan Keputusan Perniagaan Suku Kedua 2016

Next post

Dalam Sejarah 75 tahunnya, Jeep Tidak Pernah Berada Dalam Keadaan Yang Lebih Baik Dari Sekarang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *