Gaya Hidup

Kereta Tanpa Pemandu Menjelang 2020? Kata Bosch, Mungkin Tidak!

Robert Bosch meramalkan bahawa separuh daripada semua kereta baharu yang dijual di Eropah akan mempunyai beberapa tahap sambungan menjelang 2020. Pembekal terbesar di dunia menjangka mempunyai bahagian besar perniagaan ini. Bosch menyediakan peti komunikasi, connectivity control units(CCUs) yang disepadukan dalam kereta.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

CCUs membolehkan eCall, fungsi panggilan kecemasan yang mandatori dalam EU untuk semua jenis kereta dan trak ringan baharu sehingga 3.5 tan metrik. Di samping itu, Bosch menyediakan sensor dan perisian untuk mengumpul dan menilai data.

Beberapa pembuat kereta, termasuk Google, Apple atau Ford, sudah mempunyai kereta autonomi penuh mereka di jalanraya untuk menguji keadaan sebenar. Walaupun mereka semua mengatakan bahawa kereta akan mula dikeluarkan pada tahun 2020, Bosch difikirkan mungkin tidak.

Gerhard Steiger adalah Presiden Bahagian Kawalan  Chassis System Bosch dan dia baru-baru ini telah menyatakan bahawa kita pasti tidak akan melihat kereta tanpa pemandu di jalan-jalan kita dalam beberapa tahun ini. Beliau meramalkan bahawa pada tahun 2020 kereta hanya akan dapat bertukar lorong tanpa bantuan dan keupayaan memandu penuh tidak akan siap sehingga 2025.

Jadi nampaknya kita akan masih menguasai kereta kita dan akan terus menikmati pemanduan.

bosch-autonomous-car-technology2

 

Previous post

Land Rover Discovery Sport Diesel Kini di Malaysia

Next post

Koenigsegg Agera XS Bakal Muncul di Montery Car Week

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *