Gaya Hidup

Honda Mencipta Van Cetak-3D Pertama Di Dunia

Pengeluar kenderaan Jepun Honda telah mencipta  van penghantaran Cetak-3D yang pertama di dunia bersama-sama dengan syarikat teknologi Kabuku.tnb-honda-3d-print-1.

honda3d-printed-van-02

Honda Micro Commuter dibina di atas kerangka tiub, dengan semua panel badan  dicetak-3D oleh Kabuku. Ia dibina di atas platform kereta konsep 2013 Honda MC-Beta, kenderaan berulang-alik bandar gaya Twizy-Renault dikuasakan oleh motor elektrik 6kW. Konsep ini mempunyai kerangka badan tiub dibangunkan oleh bahagian motosikal Honda, dan tempat duduk dua orang dalam susun atur seiring.

Terima kasih kepada teknologi percetakan 3D, reka bentuk dan pembuatan proses hanya mengambil masa dua bulan dari konsep untuk siap, menurut Honda.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

The Micro Commuter adalah elektrik sepenuhnya dan mempunyai ruang untuk seorang pemandu, penumpang dan beberapa kotak kecil, dengan contoh pertama yang digunakan untuk menghantar biskut ke pejabat-pejabat sekitar Tokyo.

Walaupun reka bentuknya asas, ia mempunyai kelompok instrumen penuh dan sistem infotainment skrin sentuh. Ia boleh dipandu sehingga 80 kilometer (50 batu) dengan satu caj – cukup untuk penghantaran dikebanyakkan laluan urban.

Drivetrain semua-elektrik telah dibangunkan oleh Honda khusus untuk kenderaan ini, direka untuk operasi di kawasan bandar yang padat dengan penduduk, dan boleh menunjukkan ke arah sistem EV masa hadapan daripada syarikat Jepun ini.

 

honda3d-printed-van-03

Honda berkata, Micro Commuter telah dicetak 3D khusus untuk Toshiyama, sebuah syarikat Jepun yang membuat pelbagai makanan, makanan ringan dan minuman.

Toshiyama akan menggunakan Micro Commuter untuk menghantar cookie berbentuk  merpati dinamakan Hato sable dan akan digunakan di atas jalan awam. Walau bagaimanapun, Honda mahupun Kabuku belum komited untuk meletakkan ia ke dalam pengeluaran biasa.

 

Previous post

Clive Owen Kembali Dalam Filem BMW Terkini 'The Escape'. Tonton Di Sini!

Next post

Lamborghini Blancpain Super Trofeo Perkenal Siri Timur Tengah

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *