Motosikal / Lain Lain Roda

Temu Bual Bersama Wira Moto3 Malaysia – Khairul Idham Pawi

Dua kemenangan setakat ini dalam musim pertama. Adakah kejayaan ini disangka oleh anda?

Tidak sangka sama sekali kerana ini adalah tahun pertama saya berlumba dalam Moto3 dan masih banyak yang saya perlu belajar sebagai pelumba professional di tahap antarabangsa.

Kedua-dua kemenangan datang dalam keadaan basah, apa yang memberi anda kelebihan semasa cuaca hujan?

Setiap kali ia hujan di litar, saya selalu berlumba dan berlatih dengan tayar slick. Ini telah banyak membantu saya untuk menyesuaikan diri di litar yang basah. Saya tidak sangka saya boleh menang tetapi saya fokus untuk bersaing dengan kumpulan di hadapan.

5GM_4674

Apakah cabaran paling besar yang anda hadapi ketika berlumba dalam Moto3 tahun ini?

Mencari lebih banyak pengalaman untuk bersaing dengan pelumba lain yang lebih berpengalaman.

Adakah anda mempunyai sasaran untuk menamatkan musim ini?

Pada masa ini, sasaran saya hanya untuk mencari sebanyak mungkin mata yang saya mampu di setiap Grand Prix. Saya berharap akan dapat naik podium lagi sebelum tamat musim ini.

5MG_7007

Apakah pandangan anda tentang kembali berlumba di Malaysia?

Saya rasa mungkin agak sukar sedikit untuk berlumba di Sepang. Ini adalah kali pertama saya beraksi di litar sendiri di hadapan keluarga, kawan-kawan dan peminat saya di sini. Saya akan cuba buat yang terbaik untuk perlumbaan di Malaysia nanti.

Anda bermula di Cub Prix empat tahun lalu. Adakah anda pernah bermimpi berlumba pada tahap Moto3?

Sudah pasti. Sasaran saya dari dulu adalah untuk berlumba dalam kategori MotoGP dan saya akan berkeja keras untuk mencapai impian saya.

M4G_7396

Apakah nasihat yang akan anda berikan kepada pelumba tempatan lain yang mahu mengikuti jejak langkah anda?

Nasihat saya hanya perlu berkerja keras dan setiap sedia sasaran untuk diri sendiri.

Adakah anda mempunyai rancangan untuk bergerak ke kelas Moto2?

Rancangan saya buat masa sekarang adalah hanya untuk memberi tumpuan pada Moto3.

Bagaimana perasaan anda tentang berlumba dengan Honda Team Asia?

Saya bersyukur kerana Honda banyak membantu saya. Mereka memainkan peranan penting dengan kerjaya saya dan memberi saya peluang untuk untuk berlatih dan berlumba di litar-litar di Eropah.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Mesej anda kepada peminat di Malaysia.

Kepada peminat-peminat saya, terima kasih kerana menyokong saya dan saya harap anda terus menyokong sama ada ketika saya di bawah atau di atas. Saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk anda semua. Terima kasih.

Previous post

Kasma Sahkan Gelaran Keseluruhan CP130

Next post

Kereta Rasmi MotoGP Musim 2016 akan Berarak di Sekitar Bandaraya Kuala Lumpur

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *