Cerita Auto

Leona Chin Naib Juara Keseluruhan Renault Clio Cup China

Walaupun hanya mendapat tempat kedua keseluruhan bagi siri perlumbaan Renault Clio Cup China, Leona Chin harus pulang ke tanah air dengan perasaan bangga kerana itu adalah pencapaian terbaik yang pernah dicapai oleh pemandu wanita dalam perlumbaan kompetitif di rantau Asia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Beliau diumumkan pemenang tempat kedua selepas menghabiskan dua pusingan terakhir kejohanan itu yang bertempat di Litar Antarabangsa Guangdong. Kejohanan melibatkan 12 pusingan yang dijalankan di lima litar bertaraf antarabangsa di benua Asia.

Leona mula menempa nama dalam kejohanan tersebut yang rata-rata disertai oleh pemandu lelaki apabila memenangi beberapa kedudukan podium pada awal tahun ini. Beliau mewakili pasukan WebTVAsia yang meletakkan kereta berwarna merah jambu yang nyata menarik perhatian ramai.

A78A7477

“Ia merupakan musim pertama yang mencabar bagi saya tetapi saya amat gembira kerana dapat bersaing dengan dan belajar daripada pelumba-pelumba terunggul di Asia. Saya tidak menjangka akan dinobatkan sebagai naib juara, oleh itu saya tidak sabar untuk beraksi dengan lebih baik pada tahun hadapan,” kata Leona.

 

Previous post

Adakah Kereta Hibrid Sesuai Untuk Anda?

Next post

VW Golf 7 Masih No.1 Di Eropah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>