Uncategorized

Honda Malaysia Umum Inflator Beg Udara Takata Boleh Ditukar di Stesen Petronas Terpilih

Honda Malaysia telah mengumumkan yang ia akan menambah lokasi penukaran inflator beg udara hadapan Takata bagi memudahkan pemilik yang terlibat dengan kempen panggilan semula ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bagi mempercepatkan lagi usaha untuk mencapai pelanggan yang terlibat, syarikat itu bekerjasama dengan Petronas Dagangan Berhad (PDB) supaya penukaran boleh dilakukan di stesen-stesen Petronas terpilih. Dengan kerjasama ini, Honda Malaysia kini menjalankan aktiviti penukaran inflator beg udara di tiga venue utama iaitu:

  • stesen Petronas terpilih
  • hab bergerak di pusat-pusat beli-belah
  • kesemua 84 pusat servis Honda bertauliah

Rujuk jadual di bawah untuk mengetahui lokasi dan waktu operasi pusat-pusat penukaran tersebut. (Klik untuk besarkan)

Honda Malaysia Mall Hubs and Petronas Location and Operating Hours_230217-1

Selain daripada itu, pelanggan juga boleh membuat penukaran inflator beg udara mereka di lokasi-lokasi Honda Family Road Trip (HFRT), sebuah acara yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Pelanggan yang terlibat digesa untuk segera membuat temu janji di mana-mana pusat servis Honda atau stesen Petronas terpilih bagi mengelakkan sebarang kelewatan. Sementara itu, pelanggan tidak perlu membuat temu janji untuk penukaran di hab bergerak dan lokasi HFRT.

01 Honda Malaysia Mobile Hub for Takata front airbag replacement activities

Honda Malaysia juga sedang bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) dalam usaha menghubungi pemilik-pemilik kenderaan yang terlibat dengan isu ini.

Sehingga 21 Februari 2017, stok inflator beg udara pemandu Takata berada pada tahap 100 peratus dan dengan usaha bersama dari pengedar, pihak berkuasa serta Honda Malaysia, 75 peratus daripada jumlah kenderaan yang terlibat telah menukar inflator masing-masing. Stok inflator penumpang hadapan Takata juga berada pada tahap 75 peratus.

01 Takata Driver Front Airbag Inflators Stock Ready For Delivery To Dealers and Hubs

Honda Malaysia komited untuk mengambil langkah-langkah tambahan dalam usahanya untuk memperbaiki nisbah penukaran inflator beg udara penumpang hadapan dan pemandu yang telah lengkap.

Pelanggan boleh memeriksa status kenderaan mereka di www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my, atau hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020.

Previous post

Kawasaki Z650 Berharga RM35,609 di Malaysia

Next post

Shell FuelSave Diesel Euro 5 Kini di Sabah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>