Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha YZF-R25 Kini Dengan Dua Warna Baharu

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan dua warna baharu YZF-R25 bagi tahun 2017 iaitu biru (Racing Blue) dan hitam matte (Matte Black). Sementara itu, pengeluaran warna lama iaitu kelabu matte dan biru dihentikan serta-merta.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Lain-lain aspek motosikal suku liter tersebut kekal sama. Enjin silinder berkembar sebarisnya yang bersesaran 249 cc menghasilkan 35.5 hp pada 12,000 rpm dan 22.6 Nm tork pada 10,000 rpm. Kotak gear enam kelajuan ditugaskan untuk menghantar kuasa tersebut ke roda belakang.

R25 dilengkapi dengan sepit udang teleskopik hadapan yang dipadankan dengan suspensi jenis monocross di belakang. Kuasa membreknya dibekalkan oleh cakera tunggal dengan angkup omboh berkembar di bahagian hadapan serta cakera tunggal dengan angkup omboh tunggal di bahagian belakang.

17 Mar R25 Black

Turut dikekalkan adalah harga jualan asas R25 iaitu RM20,630.78 (termasuk GST, tanpa cukai jalan, nombor pendaftaran dan insurans). Model ini boleh didapati di semua pengedar sah HLYM di seluruh negara mulai hari ini.

Previous post

Permohonan Terbuka Global Untuk Akademi Kejuruteraan INFINITI 2017

Next post

HONDA Wave Dash F1 2017 Menghangatkan Pentas

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *