Berita Auto

Bermaz Motor Lancar Mazda MX-5 RF

Bermaz Motor, pengimport dan pengedar kenderaan Mazda di Malaysia, telah melancarkan Mazda MX-5 RF baharu. Model dengan bumbung ‘hardtop’ yang boleh dibuka itu kini ditawarkan dalam varian automatik dan manual.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin yang sama iaitu Skyactiv-G 2.0-liter empat silinder yang menghamburkan 158 hp pada 6,000 rpm dan 200 Nm tork pada 4,000 rpm. Kuasa yang dihasilkan disalurkan ke gandar belakang.

RF Exterior-Side Half Open

MX-5 RF didatangkan dengan kelengkapan standard seperti lampu depan dan belakang LED, rim aloi 17 inci, upholsteri kulit, butang penghidup enjin, ‘cruise control’, stereng boleh laras dengan fungsi ’tilt’, serta ‘paddle shifter’ bagi varian automatik.

RF Details-Interior

Selain itu, MX-5 RF juga dilengkapi dengan skrin warna TFT bersaiz 4.6 inci, skrin sesentuh Mazda Connect 7 inci dan sistem audio Bose dengan sembilan unit pembesar suara (termasuk di bahagian ‘headrest’).

RF Details-Bose Seat Speakers

Kelengkapan elektronik pula terdiri daripada Traction Control, Lane Departure Warning System, ABS dengan EBD, Brake Assist, i-Eloop, serta Dynamic Stability Control.

RF Exterior-Rear Open

MX-5 RF ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Soul Red Metallic, Crystal White Pearl, Machine Grey dan Jet Black. Harga jualan (termasuk insurans) bermula dari RM242,717 untuk bagi versi manual dan RM248,182 bagi versi automatik.

 

 

 

 

Previous post

Motosikal Custom Zero Engineering dan Ruby Helmets Masuk Pasaran Malaysia

Next post

Mazda3, Mazda6 dan CX-3 Kini Dilengkapi Dengan G-Vectoring Control

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *