Cerita Auto

Syoknya!!! Shopping Raya dengan Toyota

Minggu lalu, UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengadakan kempen istimewa ‘Syoknya!!! Shopping Raya dengan Toyota’ dengan kerjasama IOI City Mall.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Semua pelanggan yang membuat pembelian di outlet terlibat iaitu HomePro dan Parkson berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah di mana pelanggan boleh mendapat pulangan tunai sebanyak 50% daripada jumlah belanja yang dikeluarkan.

Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu mendaftar di booth Toyota, membeli-belah seterusnya menghantar barang-barang yang dibeli ke rumah dengan memandu kenderaan Toyota yang disediakan.

Toyota Booth (view from upstairs)

Jangan risau jika anda terlepas kerana UMWT  sekali lagi akan mengadakan cabutan bertuah pada 17 dan 18 Jun ini di lokasi yang sama. Selain daripada cabutan bertuah tersebut, pengunjung yang memandu uji kenderaan Toyota juga akan mendapat kad Starbucks bernilai RM20 manakala pengunjung yang memuat naik gambar bersama keluarga ke akaun Instagram berserta hashtag #SyoknyaRayadgnToyota akan menerima barangan eksklusif Toyota.

Syarikat itu juga akan mengedarkan biskut percuma dan sampul duit raya kepada pemilik Toyota sedia ada. Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu menunjukkan kunci Toyota anda.

Toyota Booth 'Syoknya!! Shopping dengan Toyota'

Selain itu, Toyota juga sedang menjalankan promosi Aidilfitri Drive di mana pelanggan berpeluang mendapat rebat tunai bernilai sehingga RM5,000.

 

Previous post

Renault Trafic SpaceClass Lebih Menyerupai MPV Mewah

Next post

Honda NSS300 dan PCX Kini Boleh Didapati Dalam Warna Candy Caribbean Blue Sea

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>