Motosikal

Triumph Pembekal Enjin Moto2 Bermula 2019

Triumph Motorcycles telah diumumkan sebagai pembekal enjin eksklusif bagi kejohanan Moto2 bermula musim 2019.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pengeluar motosikal itu telah menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan Dorna – pemegang hak komersial MotoGP – untuk membekalkan enjin 765 cc tiga silinder yang turut digunakan pada model Triumph Street Triple RS baru.

Enjin baru ini merupakan kesinambungan kepada enjin Daytona 675R yang pernah memenangi beberapa perlumbaan seperti Isle of Man TT, Daytona 200 dan British Supersports Championship pada tahun 2014 dan 2015.

triumph_hd6_engine_still_fr228_001

Untuk kejohanan Moto2, enjin tersebut telah diberi penambahbaikan yang menyeluruh termasuk:

  • Kepala silinder dan port ekzos yang diubahsuai untuk aliran gas optimum
  • Injap titanium dan spring injap lebih keras untuk rpm lebih tinggi
  • Alternator lumba output rendah untuk mengurangkan inersia
  • Nisbah gear 1 lebih tinggi
  • Klac ‘slipper’
  • ECU lumba dari Magneti Marelli
  • Penutup enjin yang diubahsuai
  • Takung enjin berlainan

Kuasa yang terhasil tidak didedahkan namun sudah pasti ianya lebih tinggi daripada 123 PS pada 11,700 rpm dan 77 Nm pada 10,800 rpm seperti yang terdapat pada Street Triple.

Triumph_Moto2_005

Enjin ini mempunyai lebih daripada 80 komponen baru berbanding enjin generasi terdahulu, termasuk bore dan stroke yang lebih besar. Antara komponen baru yang digunakan termasuklah engkol dan piston baru, aci pengimbang dan con-rod baru dan kotak gear baru.

Ia juga dibangunkan khusus untuk aliran udara yang lancar supaya enijn dapat ‘bernafas’ dengan lebih lancar seterusnya menghasilkan output yang lebih tinggi. Perubahan lain juga dilakukan supaya enjin digunakan untuk perlumbaan secara berterusan.

 

Previous post

Mesin Pembaiki Lubang Jalan

Next post

Hyundai Kona Akhirnya Didedahkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>