Insuran / Waranti

Lazada, AIG Malaysia Lancarkan Insurans Atas Talian

Platform e-dagang terkemuka, Lazada Malaysia, hari ini mengumumkan kerjasama dengan AIG Malaysia untuk menyediakan kemudahan pembelian insurans secara lebih mudah dan lancar menerusi platformnya untuk rakyat Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pelanggan yang membeli belah di Lazada Malaysia kini boleh melayari kedai ‘freestanding’ AIG untuk membeli perlindungan Perjalanan, Kecurian Ragut dan Kemalangan Peribadi (Active Lifestyle Care). Premium yang ditawarkan berharga antara RM8 hingga RM115.

Tahap penembusan insurans am Malaysia yang diukur berasaskan premium sebagai bahagian GDP adalah kurang daripada 2 peratus berbanding 3-4 peratus dalam pasaran yang lebih maju. Menyedari bahawa sebahagian besar penduduk tidak memiliki insurans, perkongsian ini berhasrat untuk meningkatkan capaian dan penembusan insurans di negara ini, seterusnya meningkatkan lagi tahap kesedaran dalam kalangan pengguna.

“Membuka peluang menerusi saluran digital dan saluran langsung untuk membeli insurans akan meningkatkan ketelusan dan memudahkan lagi perbandingan produk, seterusnya memastikan pelanggan kami mendapat maklumat tentang produk yang sesuai dengan keperluan mereka. Kami terus melabur untuk menyediakan perkhidmatan yang meningkatkan lagi pengalaman pelanggan, dan akhirnya memberi perkhidmatan yang lebih bermutu untuk rakyat Malaysia. Kerjasama ini adalah tepat pada masanya dan membantu rakyat Malaysia untuk lebih bersedia menghadapi masa depan mereka,” kata Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia.

Menurut Antony Lee, Ketua Pegawai Eksekutif AIG Malaysia, perkongsian ini merupakan satu lagi usaha AIG Malaysia untuk mencapai segmen pasaran yang kurang diinsuranskan dan memilih kemudahan pembelian menerusi platform digital. AIG akan menawarkan produk insurans popular yang disediakan khusus untuk pasaran ini pada harga premium yang kompetitif.

“Lazada bukan sahaja menyediakan kehadiran runcit yang menarik, tetapi turut menyediakan platform atas talian yang kukuh bagi membolehkan AIG Malaysia menawarkan produk yang berkaitan kepada pelanggan yang sesuai pada masa yang tepat dan untuk sebab yang betul. Dengan hampir 50 peratus daripada pelanggan Lazada terdiri daripada mereka berumur antara 26 dan 35 tahun – yang juga merupakan segmen pelanggan sasaran AIG – perkongsian ini memberi peluang kepada kami untuk lebih memahami keperluan pelanggan dan terus berusaha untuk menyediakan penyelesaian insurans yang sesuai untuk mereka.”

Untuk mengunjungi laman rasmi AIG di Lazada, sila layari http://www.lazada.com.my/aig-malaysia- insurance/.

Previous post

Pagani Zonda HP Barchetta - Hanya 3 Unit Ditawarkan

Next post

Kempen Keselamatan Nissan 2017 Masuk Pusingan Kedua

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *