Cerita Auto

Mitsubishi Motors Malaysia Panggil Semula Pajero, Pajero Sport dan ASX

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah membuat panggilan semula terhadap 128 unit Pajero Exceed keluaran 2010 hingga 2014 bagi menggantikan inflator beg udara pemandu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Beg udara tersebut mugkin melepaskan serpihan logam apabila ia kembung seterusnya mendatangkan kecedaran terhadap pemandu. Panggilan semula ini adalah sebahagian daripada kempen panggilan semula global bagi beg udara keluaran Takata.

Selain itu, MMM juga memanggil semula model ASX (2010-2015) dan Pajero Sport (2010-2016) bagi menggantikan tailgate gas spring yang mungkin berkarat akibat kekurangan lapisan anti-karat.

Mitsubishi-ASX

Model ASX juga terlibat dalam kempen panggilan semula berkaitan motor pengelap cermin, di mana pendedahan terhadap air boleh mengakibatkan hakisan di bahagian dalaman motor pengelap dan menyebabkannya berhenti beroperasi.

MMM akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada semua pemilik yang terlibat dan kos penuh penggantian akan ditanggung oleh syarikat tersebut. Pelanggan yang terlibat diminta untuk membuat temujanji di mana-mana pusat perkhidmatan Mitsubishi Motors.

 

Previous post

Michelin Taja Pertandingan Pemandu Scania Asia Tenggara Buat Kali Kelima

Next post

Beli Toyota Baharu dan Menangi Vios Sports Edition atau Lawatan ke Tokyo Motor Show

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>