Yamaha 135LC dengan pilihan warna baharu bagi 2017
Salah satu kapcai Yamaha paling laris, 135LC, telah dikemaskini bagi tahun 2017 dengan warna dan grafik baharu iaitu biru, hitam, merah dan perak.
Motosikal itu boleh didapati di semua pengedar sah Hong Leong Yamaha Motor mulai hari ini dengan harga RM7,167.72 termasuk GST (tanpa cukai jalan, pendaftaran dan insurans).
135LC dikuasakan oleh enjin sejukan cecair berkapasiti 134 cc yang menghasilkan 11.98 hp pada 8,500 rpm dan 11.79 Nm tork pada 5,500 rpm. Transmisi empat kelajuan ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke roda belakang.
Berbanding model Y15ZR yang dilengkapi dengan dua brek cakera, 135LC menggunakan cakera tunggal di bahagian hadapan dan brek dram di belakang. Ia memakai tayar bersaiz 70/90-17 di hadapan dan 80/90-17 di belakang.
No Comment