Bisnes

Adakah Geely Akan ‘Bersarakan’ Proton atau TIDAK?

Geely telah menunjukkan minat mendalam untuk membeli 49.9% daripada Proton (pengesahan pembelian dalam masa yang terdekat). Itu tidak ada masalah. Persoalannya, dengan memiliki Proton, dapatkah Geely menaikkan Proton dan memenangi semula pasaran mereka atau Geely merancang untuk lama kelamaan  menutup Proton?

Mari kita lihat kemungkinannya Proton akan ditutup secara perlahan oleh Geely. Ya, kita tahu bahawa SUV usaha sama sudah dirancang dengan Boyle, SUV semasa Geely. Geely akan menghasilkan JV Proton SUV untuk rakyat Malaysia dan mungkin jiran Thailand dan Indonesia. Kedua-dua Thailand dan Indonesia mempunyai pasaran kereta yang meningkat dan mereka amat cintakan SUV mereka.

Ini mungkin hanya penarik. Perjanjian yang sebenar, kami rasa, adalah untuk membawa pelbagai produk Geely ke Malaysia dan memasangnya untuk Vietnam dan Kemboja yang merupakan pasaran  ‘left hand drive’. Sementara itu, terdapat juga pasaran auto Filipina yang pesat berkembang yang merupakan pengguna besar SUV dan MPV.

Jenama kereta Jepun seperti Toyota, Honda, Nissan, Daihatsu, Mazda dan Suzuki kini menguasai pasaran kereta Asia Tenggara. Pada penghujung 1970-an apabila kenaikan harga petroleum memaksa pembuat kereta British, Itali dan Perancis untuk berundur dari rantau ini, jenama kereta Jepun yang diketuai oleh Toyota dan Honda mengambil 90% daripada penjualan kereta tahunan rantau ini dengan mudah.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Di Indonesia sahaja, pasaran terbesar di Asia Tenggara, jenama kereta Jepun mengambil bahagian besar dari pasaran kereta (95%). Lebih tinggi daripada bahagian pasaran mereka sendiri, Jepun. Itulah sebabnya Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Malaysia dipanggil “Japan’s Backyard”.

Dengan membeli Proton, Geely boleh memasuki pasaran kereta ASEAN dengan senang sekali dan dengan insentif import dan cukai yang sedia ada untuk kenderaan yang dihasilkan di ASEAN, Geely mempunyai kemasukan harga mudah ke pasaran kereta terpantas. Jadi pekerja-pekerja kilang Proton Tanjung Malim tidak perlu risau kerana terdapat banyak kerja dan kapasiti mungkin akan meningkat berlipat ganda untuk menampung permintaan serantau.

Yang sedihnya, ada kemungkinan besar Iriz, Saga, Preve, Exora dan Suprima diberhentikan. Model-model ini boleh digantikan dengan mudah sekali dengan barisan kereta Geely seperti sedan GC9 dan hatchback GC2.

Dan ini juga bermakna bahawa beberapa vendor alat ganti Proton yang telah lama menikmati keuntungan besar dari pelanggan Proton akan turut berhenti membekal.

 

 

Previous post

Ferrari Sambut Ulangtahun Ke-70 Dengan Sambutan Hujung Minggu Di Maranello

Next post

Kia Sport Wagon Mungkin Mula Dikeluarkan Tidak Lama Lagi

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>