Motosikal / Lain Lain Roda

Petronas, MAS Cargo Jalin Usahasama dengan Harley-Davidson Sempena Konvoi Borneo International H.O.G. Rally Malaysia

Harley Owners Group Kuala Lumpur Chapter, Malaysia (H.O.G. KLCM) telah mengumumkan kerjasama dengan Petronas sebagai Rakan Kongsi Bahan Api Rasmi dan MAS Cargo sebagai Rakan Kongsi Logistik Rasmi untuk acara Borneo International H.O.G. Rally Malaysia (BIHRM) 2017 yang akan diadakan dari 30 September hingga 9 Oktober ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Acara tersebut akan menyaksikan perhimpunan pemilik dan peminat Harley-Davidson dari seluruh dunia untuk pengembaraan sejauh 1,450 km dari Kota Kinabalu ke Labuan, seterusnya ke Brunei, Miri, Bintulu, Sibu dan Kuching sebagai destinasi terakhir.

MAS Cargo akan menyediakan kapal terbang untuk menerbangkan motosikal dari semenanjung ke Kota Kinabalu dan dari Kuching ke semenanjung setelah konvoi berakhir. Petronas pula akan menanggung perbelanjaan bahan api untuk semua peserta konvoi sepanjang program tersebut.

Selain itu, peserta konvoi juga akan membuat lawatan ke beberapa lokasi di mana Petronas Dagangan Berhad akan mengadakan program ‘Water for Life’ bagi menyediakan bekalan air bersih kepada komuniti tempatan serta program ‘Streetsmart’ untuk mendidik orang ramai tentang keselamatan jalanraya.

Previous post

Honda Sambut 25 Tahun Fireblade Dan Type R

Next post

Pemenang Pertandingan Servis dan Menang Perodua Bawa Pulang Axia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *