Berita Auto

Great Wall Motors China Akan Mula Membina Mini & BMW?

Great Wall Motor berkata mereka dalam perbincangan untuk bekerjasama dengan BMW mengenai jenama Mini, dimana jika perjanjian ditandatangani ianya boleh membawa pengeluaran kereta kecil itu di luar Eropah buat kali pertamanya.

Pembuat kereta itu telah berbincang untuk melancarkan model Mini elektrik dan konvensional di China selama 18 bulan, kata Great Wall dalam satu kenyataan di bursa saham Hong Kong pada hari Jumaat, mengesahkan laporan perbincangan pada Khamis lalu.

Perbincangan masih di peringkat awal dan mereka belum memeterai sebarang perjanjian perundangan untuk mewujudkan usahasama di China, kata Great Wall.

BMW berkata ia merancang untuk mengembangkan jenama Mini di China dengan rakan kongsi tempatan yang baru, tanpa menamakan Great Wall.

Menggerakkan beberapa pengeluaran kereta British ikonik ke China boleh membantu mengurangkan kos pembuatan untuk BMW, yang kini sedang di tengah-tengah proses penukaran yang berkos tinggi elektrik kerana kerajaan di seluruh dunia sedang giat berusaha memotong pencemaran yang disebabkan oleh bahan api fosil.

If successfully concluded, the BMW-Great Wall talks could yield a first foreign manufacturing partner for Great Wall. BMW in China already builds cars locally in a venture with Brilliance China Automotive Holdings. Sales of BMW and Mini cars in China rose 16% in the first eight months to 383,976 units. China’s passenger-vehicle sales rose 3.3% to 2.34 million units last month.

Sekiranya berjaya, perbincangan BMW-Great Wall boleh menghasilkan rakan kongsi perkilangan asing pertama untuk Great Wall. BMW di China sudahpun membina kereta tempatan dalam usaha dengan Brilliance China Automotive Holdings. Jualan kereta BMW dan Mini di China naik 16% dalam lapan bulan pertama kepada 383,976 unit. Jualan kenderaan penumpang China naik 3.3% kepada 2.34 juta unit bulan lepas.

 

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Previous post

Iklan S-Class Baharu Menunjukkan Bagaimana Benz Menjinakkan Sang Singa

Next post

Aston Martin DB11 Volante didedahkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *