Berita Auto

Isuzu Malaysia sumbang trak kepada Universiti DRB-HICOM

Isuzu Malaysia baru-baru ini telah menyumbangkan sebuah trak Isuzu ELF NPR 6-roda kepada Universiti DRB-HICOM. Trak tersebut adalah untuk kegunaan akademik para pelajar yang mengikuti kursus-kursus diploma dan ijazah di universiti automotif tersebut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sewaktu majlis penyerahan, Mikio Tsukui, Ketua Pegawai Operasi di Isuzu Malaysia, telah menyerahkan kunci replika simbolik kepada Prof. Dr. Abd Rahni bin Mat Piah, Dekan Fakulti Pasca Siswazah Universiti DRB-HICOM.

“Sumbangan ini menawarkan para pelajar peluang unik untuk mendalami teknologi enjin terkini dari Isuzu, yang pastinya akan memberi impak hebat terhadap sektor selepas jualan automotif dalam tempoh jangka masa panjang,” kata Tsukui.

Trak ELF NPR 6-roda dilengkapi enjin 5.2 liter dan transmisi enam kelajuan dengan Unit Kawalan Eletronik (ECU), selain daripada nisbah gear terakhir (final gear ratio) sebanyak 5.125.

Previous post

Volvo S90 T8 Twin Engine versi CKD dilancarkan

Next post

Hyundai HyperEconiq Ioniq guna 2.9 liter bahan api bagi setiap 100 km

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *