Cerita Auto

Kempen ‘Drive On’ baharu dari Shell Helix Ultra

Kempen terbaru yang dibawakan Shell Helix Ultra, iaitu kempen jenama global ‘Drive On’, adalah bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada pemandu dan pemilik bengkel untuk mengatasi cabaran seharian dan meneruskan semangat mereka terhadap pemanduan dan pengembangan perniagaan mereka.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Teras kempen ini adalah program kesetiaan pelanggan dan perniagaan bersepadu yang dikenali sebagai ‘Shell Advantage and Rewards’ (SHARE).

Menurut Troy Chapman, Pengarah Eksekutif Shell Lubricants – Asia Tenggara & Oceania, Malaysia merupakan pasaran yang pertama di dunia yang melancarkan SHARE, mencerminkan komitmen Shell untuk memastikan urusan pelanggan dan rakan niaga berjalan dengan lancar.

Bagi pemandu yang membeli sama ada Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus, High Mileage, HX7 atau HX5, mereka akan dapat menyertai dunia ganjaran SHARE dengan pendaftaran dalam talian yang mudah di www.shell.com.my/share. Ini termasuklah baucar bagi seluruh gedung di Lazada bagi pendaftaran kali pertama dengan pembelian, tawaran 3-dalam-1 bagi pembelian Shell Helix Ultra, peringatan untuk penukaran minyak dan promosi bermusim.

Bagi mereka yang mempunyai kereta berusia di bawah lapan tahun dan perbatuan kurang daripada 150,000 km, mereka juga layak untuk mendapatkan Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) secara percuma bila mereka menjalankan servis kereta dengan Shell Helix Ultra, High Mileage atau HX7. Waranti enjin yang unik dan pertama seumpamanya di pasaran ini kini merupakan sebahagian daripada program SHARE.

Untuk mempermudahkan lagi program ini, Shell telah menghasilkan aplikasi mudah alih SHARE bagi rakan niaga untuk membantu mereka mendapatkan dan mengekalkan pelanggan serta menguruskan inventori dengan lebih baik. Aplikasi ini juga membolehkan pemilik bengkel dan mekanik mengumpul mata dengan setiap produk Shell Helix yang mengambil bahagian yang dijual kepada pengguna, dan menebusnya untuk mendapatkan hadiah-hadiah menarik.

Sempena dengan pelancaran kempen tersebut, Shell Helix ‘Drive On’ Roadshow akan diadakan di lokasi terpilih di seluruh negara bermula pada 13 Oktober hingga 24 Disember 2017 dengan hadiah yang menarik untuk dimenangi. 25 pemenang bertuah juga akan membawa pulang hadiah Ferrari dalam pertandingan media sosial Shell Helix #IDriveFor.

Previous post

Modenas yakin tembusi segmen motosikal jalanan tempatan

Next post

Berakhirnya era Volkswagen Scirocco

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>