Sukan

Maju Motor buru status pasukan terbaik

Selepas mengesahkan gelaran juara berpasukan dalam saingan Underbone 150cc Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) pasukan Maju Motor kini dalam misi untuk mengesahkan gelaran juara berpasukan dalam saingan CP115 pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan, minggu ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor melalui gandingan Mohd Akid Aziz dan Mohd Haziq Fairues kini mengumpul 226 mata, 90 mata meninggalkan pencabar di tangga kedua, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ diikuti Motul Zeneos Yamaha YY Pang ketiga dengan 100 mata.

Seandainya mereka mengulangi pencapaian pusingan lepas di Kelantan sebagai juara dan naib juara, pasukan ini akan mengutip 45 mata maksimum menjadikan 271 mata, gagal dicabar oleh mana-mana pasukan dengan hanya berbaki 90 mata maksimum yang ditawarkan pada dua pusingan terakhir musim 2017.

SHZ_4000

Pada masa sama, pasukan yang mendapat tajaan UMA Racing di saingan ARRC ini telahpun mengesahkan kedudukan selaku juara keseluruhan Underbone 150cc ARRC di India, 24 September lepas meskipun masih berbaki satu pusingan perlumbaan yang akan berlangsung di Thailand, Disember nanti.

Untuk rekod, pasukan Maju Motor merekod kejayaan gemilang pada musim 2016 dengan memenangi gelaran individu dan berpasukan dalam saingan CP130 dan CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS selain pasukan UMA Racing Yamaha Maju Motor turut meraih gelaran berpasukan dalam saingan Underbone 130cc ARRC.

SHZ_9917

Musim 2017 turut menyaksikan pasukan ini berada dilandasan terbaik untuk memenangi enam gelaran apabila kini sedang mendahului senarai keseluruhan dalam kategori CP150 manakala Kasma Daniel Kasmayuddin kini mendahului carta pelumba kategori CP150.

Akid juga berada dalam landasan terbaik untuk mengekalkan gelaran juara CP115 2016 apabila sedang mendahului kedudukan dengan 130 mata selain turut berpeluang untuk menamatkan kemarau kategori Underbone bagi Malaysia di Kejuaraan ARRC sejak 2010 apabila sedang mendahului kategori Underbone 115cc dengan 164 mata.

Akid (kanan) bersama Haziq (kiri) dan pengrus pasukan, Yong Yin Hoe

“Saya akan bekerja keras dan tidak memandang mudah tugasan untuk memastikan gelaran pasukan terbaik kekal milik kami. Kami tidak memandang mudah walaupun mempunyai bekalan selesa kerana saya juga mahu memastikan gelaran indivudu juga menjadi milik saya,” jelas Akid.

Previous post

PROTON Iriz Terima Anugerah Kereta Kompak Terbaik

Next post

Nikmati tawaran istimewa kenderaan pra-milik Infiniti

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *