Motosikal / Lain Lain Roda

Modenas yakin tembusi segmen motosikal jalanan tempatan

Modenas mensasarkan peningkatan bahagian pasaran keseluruhan sebanyak 22% dalam segmen motosikal jalanan dan cruiser dalam tahun pertama mereka bekerjasama dengan Bajaj Auto Ltd.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Operasi, Pengedaran Automotif dan Pembuatan & Kejuruteraan di DRB-HICOM, kerjasama dengan Bajaj merupakan fasa semula jadi bagi Modenas sebagai salah satu pengeluar motosikal utama di rantau ini, kerana syarikat itu terkenal dengan barisan produk yang berbeza yang disokong oleh pasukan R&D dan ujian produk yang ketat.

Syarikat itu yakin dapat mengulangi kejayaan yang dicapai oleh Pulsar NS200, Pulsar RS200 dan V15 di peringkat global, di mana produk-produk tersebut mendahului segmen masing-masing di 74 negara yang meliputi Amerika Latin, Timur Tengah dan Asia Selatan.

Keyakinan ini juga disokong oleh permintaan yang berterusan untuk motosikal bawah 250cc, yang menikmati bahagian pasaran dalam negara sebanyak 5% sejak tiga tahun lalu. Modenas kini mempunyai bahagian pasaran sebanyak 8% dalam segmen moped dan skuter.

Usahasama antara Modenas dan Bajaj akan dimulakan secara berperingkat termasuk pengedaran dan pembangunan hab khusus di kilang Modenas di Gurun, Kedah. Ia turut melibatkan pelancaran model-model baharu dalam beberapa tahun akan datang.

Previous post

Porsche lancarkan program langganan kereta

Next post

Kempen 'Drive On' baharu dari Shell Helix Ultra

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *