Gaya Hidup

Perodua laksana program tanggungjawab korporat selama 3 tahun dengan Rumah Kanak-kanak Shan

Sambutan Deepavali bagi penghuni Rumah Kanak-kanak Shan bakal menjadi lebih meriah tahun ini dengan sumbangan sebanyak RM20,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan daripada Perodua. Sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada program tanggungjawab korporat selama tiga tahun oleh syarikat itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Terletak di Prai, Pulau Pinang, Rumah Kanak-kanak Shan menempatkan 19 orang kanak-kanak (10 lelaki, 9 perempuan) berumur dari 6 hingga 18 tahun. Rumah tersebut bergantung kepada sokongan orang ramai untuk terus beroperasi.

“Kami menyokong orang baik seperti Madam Saras Pillay, yang telah mendedikasikan hidup mereka untuk kesejahteraan orang lain. Mereka adalah wira sebenar masyarakat kita,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

IMG_6209

“Ini adalah kali pertama Perodua menyumbang kepada organisasi bukan kerajaan dengan cara yang mampan kerana kami percaya bahawa sumbangan kami perlu memberi kesan yang lebih panjang kepada mereka yang dibantu,” tambah beliau lagi.

Sepanjang program tiga tahun tersebut, Perodua akan memberi sumbangan dari segi ceramah motivasi yang dijalankan oleh pihak profesional, sukarelawan, bimbingan serta tuisyen percuma kepada pelajar.

 

Previous post

McLaren F1 dengan perbatuan rendah untuk dijual

Next post

Sunroof Yang Meletup ... Apa Lagi? Kerusi Yang Meletup?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *