Trak & Pikap

5 Sebab Kenapa Patut Beli Trak Pikap.

Sepanjang dekad yang lalu, permintaan untuk trak pikap di Malaysia telah meningkat secara mendadak. Tetapi jika ini adalah kenderaan yang khusus untuk penggunaan komersial, mengapa mereka masih begitu popular dengan pemilik swasta? Inilah antara sebab-sebabnya:

1) Ianya murah.

Walaupun RM100,000 bukanlah murah sangat tapi kalau dibuat perbandingan, kereta import dibawah RM120,000 biasanya dianggap kereta mampu milik.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

2) Harganya dianggap lebih  ‘tepat’, berpatutan.

Di Malaysia, banyak harga kereta baru mempunyai kos tersembunyi. Apabila tanda harga menunjukkan RM100,000, seringkali jaminan, cukai, duti dan kos lain boleh memakan sejumlah besar harga itu. Cukai yang lebih ringan terhadap kenderaan komersial seperti ini juga bermakna anda membayar lebih banyak untuk kenderaan sebenar daripada cukai, yang mengembung harga kereta biasa.

3) Ianya berkuasa besar

Pada harga trak pikap ditawarkan, mustahil untuk mencari mana-mana kereta baru yang boleh memberikan angka seperti torsi 400Nm. Ya, memnag prestasi enjin-enjin ini tidak diterjemahkan ke jalan raya, dan kereta kurang berkuasa akan menjadi lebih seronok untuk dipandu tetapi tidak ada yang menafikan enjin yang ada pada pikap sangat berkuasa tanpa kos-sportcar untuk diguna.

4) Saiz

Terdapat beberapa aspek saiz yang boleh menarik perhatian pembeli. Pertama, ketinggian perjalanan dan penampilan memberi pemilik perasaan selamat di jalan raya. Itulah sebab yang sama orang membeli Crossover dan SUV. Satu lagi aspek ialah kegunaan pikap mereka. Boleh mengangkut 5 orang dan juga angkat barang. Yang tak pernah pergi piknik atau berkelah mendapati diri mereka mula berjinak.

 

5) Kebolehan Hidup

Tidak lama dahulu, trak pikap adalah basic. Habis habis basic.  Tetapi sekarang, pengilang melihat dan mula menawarkan lebih banyak keselesaan. Hari ini, ada pickup dengan suspensi independant sepenuhnya, kerusi berorientasikan keselesaan, soket kuasa, jaminan panjang, ciri keselamatan dan cruise, skrin sentuh, kawalan kestabilan, kerusi kulit. Ya, mereka masih trak, tetapi mereka amatlah dekat sangat dengan kereta penumpang dalam banyak aspek.

Secara peribadi, saya syorkan trak pikap sebagai kereta kedua atau ketiga. Masih terdapat banyak aspek pemilikan trak yang juga kurang memuaskan. Tapi itu cerita lain hari.

 

Previous post

Tesla Roadster Memecut 0 - 60 bsj Dalam Hanya 1.9 Saat

Next post

Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive menjanjikan pemanduan lebih lancar

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>