Takziah

Misi Mencari Allahyarham Ramli Abdul Majid. PROTON Mengucapkan Setinggi Penghargaan.

PROTON ingin mengucapkan terima kasih dan sepenuh penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, khususnya Kementerian Luar Negeri, Kedutaan Malaysia di Tehran, Iran, Yayasan Albukhary, dan semua yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat Allahyarham Ramli bin Abdul Majid, seorang pekerja PROTON.

Allahyarham Ramli Abdul Majid dilaporkan hilang semasa ekspedisi pendakian di Iran pada 20 November 2016. Setelah misi pencarian selama setahun, Syarikat berasa lega kerana pencarian ini telah menemui penyelesaian.

Pada 27 Oktober 2017, jasadnya telah ditemui di Gunung Damavand, Iran oleh pasukan mencari dan menyelamat Yayasan Albukhary. Jenazah 27 Oktober 2017. Tubuh Allahyarham Ramli Abdul Majid akhirnya tiba di Kuala Lumpur pada 4 November 2017 yang diaturkan oleh Kedutaan Malaysia di Tehran, Iran dan selamat dikebumikan pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Puchong.

PROTON sangat berterima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat Yayasan Albukhary di atas keberanian dan bantuan yang disediakan sepanjang misi; serta kepada Kedutaan Malaysia di Tehran kerana membantu mempercepatkan proses membawa pulang jenazah Allahyarham ke Malaysia.

PROTON dan juga kami, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ramli Abdul Majid dan berharap agar mereka kuat dalam menerima dugaan ini. Semoga Allah swt memberikan rahmat kepada mereka.

 

 

Previous post

Ford hasilkan 'Drift Stick' untuk Focus RS

Next post

Hennessey Venom F5 buru Bugatti Chiron

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>