Cerita Auto

Renault Megane GT buat penampilan sulung di Malaysia

Seperti yang dijanjikan, TC Euro Cars telah mempamerkan Renault Megane GT baharu di Malaysia Autoshow 2017 yang sedang berlangsung di MAEPS, Serdang. Model itu dibangunkan oleh Renault Sport sebagai hatchback prestasi pertengahan dengan inspirasi daripada Megane R.S. yang lebih berkuasa.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Reka bentuknya menampilkan identiti muka hadapan baharu jenama dari Perancis itu, dengan logo berlian yang besar, lampu utama LED Pure Vision dan lampu nyalaan siang berbentuk C. Di belakang, dua muncung ekzos disalut krom diletakkan di kedua-dua bucu ‘diffuser’. Lencana “GT” dan “Renault Sport”, serta rim aloi 17 inci melengkapkan gaya model ini.

SAM_0069

Kabin Megane GT dilengkapi dengan tempat duduk ‘haute couture’ dengan busa pelbagai ketumpatan yang dibentuk khas untuk keselesaan dan sokongan optimum. Ia juga didatangkan dengan kemasan krom satin, stereng dibalut kulit dan pedal penukar gear yang diperbuat daripada aluminium.

SAM_0070

Dari segi elektronik, terdapat teknologi Multi-Sense yang membolehkan pemandu melaras beberapa aspek termasuk pedal minyak, tindak balas enjin, kelajuan penukaran gear, dan lampu suasana di dalam kabin. Sistem R-Link 2 pula memberikan akses kepada empat mod pemanduan berbeza iaitu Sport, Neutral, Comfort dan Perso. Butang R.S. Drive pula mengaktifkan mod Sport untuk pemanduan lebih agresif.

SAM_0071

Megane GT dikuasakan oleh enjin Energy TCe 205 yang dipadankan dengan transmisi automatik klac berkembar tujuh kelajuan (EDC) yang ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke roda hadapan. Dengan 205 PS dan 280 Nm, model ini mampu memecut dari 0 – 100 km/j dalam 7.1 saat, manakala penggunaan bahan api pula mencecah 6 liter bagi setiap 100 km.

SAM_0076

Satu lagi ciri menarik adalah sistem kawalan empat roda 4Control yang dikalibrasi khas oleh jurutera Renault Sport. Pada kelajuan di bawah 80 km/j dalam mod Sport dan 60 km/j dalam mod lain, roda hadapan dan belakang membelok ke arah bertentangan, sehingga 2.7 darjah di belakang, manakala pada kelajuan tinggi, keempat-empat roda akan membelok ke arah yang sama untuk kestabilan lebih baik. Kiraan sudut tayar belakang dilakukan 100 kali setiap saat.

SAM_0062

Selain daripada Malaysia Autoshow 2017, Megane GT juga akan membuat penampilan di pusat pameran Renault terpilih dalam beberapa minggu akan datang.

 

 

Previous post

Honda Civic Type R dilancarkan di Malaysia pada harga RM320,000

Next post

Program bantuan untuk pelanggan Nissan yang terjejas akibat banjir

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>