Sukan

Bentley Motorsport umum barisan pemandu musim 2018

Bentley Motorsport telah mengumumkan bahawa ia akan mengekalkan lima daripada enam pemandunya untuk musim 2018. Pemandu-pemandu Bentley sedia ada iaitu Guy Smith, Steven Kane, Andy Soucek, Maxime Soulet, dan Vince Abril akan disertai oleh pemenang perlumbaan Spa 24 Hours iaitu Jules Gounon.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Keenam-enam mereka akan bertanding dalam piala Blancpain GT Series Endurance dengan dua buah jentera Continental GT3 baharu yang dibina oleh pasukan M-Sport, dan akan turut membuat penampilan pertama di Cabaran Intercontinental GT.

“Jules menunjukkan bahawa dia mempunyai kelajuan dan kematangan yang sesuai untuk pasukan terulung, walaupun hanya berumur 22 tahun, dan kami tidak sabar untuk menyokongnya dalam perkembangan kariernya,” kata pengarah Bentley Motorsport, Brian Gush.

Jules Gounon

Musim 2018 bermula dengan perlumbaan Bathurst 12 Hours yang akan disertai dengan Continental GT3 sedia ada atas sebab-sebab homologasi. Jentera generasi kedua akan membuat penampilan pertamanya di Monza untuk pusingan pembukaan Siri Blancpain GT dan akan beraksi di Spa-Francorchamps, Laguna Seca dan Suzuka dalam Cabaran Intercontinental GT.

 

Previous post

BMW Merancang 40 Pengumuman Baru Dari Awal 2018

Next post

Episod 5 Dari 9:11 Porsche Magazine Sudah Sampai

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>