Cerita Auto

Suzuki XBEE dilancarkan di Jepun

Suzuki telah melancarkan XBEE (disebut ‘cross-bee’) bagi pasaran Jepun. Ia merupakan sebuah ‘crossover wagon’ kompak yang menggabungkan keseronokan sebuah SUV dengan keluasan kabin sebuah wagon.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Antara ciri utama yang terdapat pada XBEE adalah Suzuki Safety Support yang merangkumi Dual Sensor Brake Support (DSBS) dan Back-up Brake Support. Ia merupakan model pertama Suzuki yang didatangkan dengan ciri-ciri terbabit.

Model kecil molek ini juga dilengkapi dengan pandangan 3D yang membolehkan pemandu melihat sekeliling kenderaan secara 360 darjah. Sangat menarik, memandangkan ia satu ciri yang biasanya terdapat pada kenderaan lebih mahal.

Suzuki-Xbee-2

XBEE menggunakan platform Heartect dan semua varian yang diperkenalkan mempunyai enjin 1.0-liter turbo yang dipadankan dengan sistem hibrid. Dengan transmisi automatik enam kelajuan, gabungan ini menghasilkan pemanduan berprestasi dan kecekapan bahan api.

Pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan varian 4WD yang menampilkan dua mod pemanduan iaitu Sport dan Snow. Selain itu, varian ini juga dilengkapi dengan Grip Control yang memberi sokongan tambahan atas permukaan licin dan berlumpur, serta Hill Descent Control yang mengekalkan kelajuan pada 7 km/j ketika menuruni bukit yang curam.

Previous post

Volkswagen Jetta Sebuah Kereta Sedan Yang Segak

Next post

Program Pembangunan Bakat Petronas Bertumpukan Kepada Cub Prix Dan Moto3

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>