Van, Pikap & Lori

FCA Belanja USD1Bilion Untuk Menaik Taraf Kilang Trak Dan Jipnya

Fiat Chrysler Automobiles akan membelanjakan USD1 bilion untuk menaik taraf Loji Pemasangan Lori Warren di Michigan untuk membina SUV Jeep  bersaiz penuh dan pikap tugas berat Ram, kata pembuat kereta itu Khamis lalu.

Pelaburan itu merupakan kesinambungan satu pelan yang telah diumumkan oleh pembuat kereta, yang melancarkan pengeluaran SUV dan crossover diantara kilang Ohio, Michigan, dan Mexico.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pengeluaran pikap tugas berat Ram generasi baharu akan datang dari Saltillo, Mexico, ke Warren pada tahun 2020. Jeep akan membina sebuah Wagoneer dan Grand Wagoneer SUV baharu di kemudahan yang sama, kali pertama pembuat kereta telah mengumumkan rancangan pengeluaran untuk SUV yang akan datang.

Kilang Saltillo akan berpindah ke bangunan kenderaan komersil, kata FCA dalam pengumuman itu. FCA mengumumkan bahawa pelaburan itu akan mewujudkan kira-kira 2,500 pekerjaan di kilang di Michigan.

Warren Truck sekarang ini membina pikap Ram 1500 terbaharu, walaupun pengeluaran trak tahun depan akan berpindah ke Loji Pemasangan Sterling Heights, yang juga di Michigan. Walau bagaimana pun FCA tidak mengumumkan apa yang akan dilakukan oleh Warren Truck diantara penghasilan tamatnya Ram 1500 dan ketibaan Ram tugas berat Ram, kerana kilang selalunya ditutup untuk beberapa waktu untuk pembaikpulihan. Para pembuat kereta lain telah membina model generasi lepas dan model generasi baru di kemudahan berasingan untuk mengurangkan downtime loji, dan telah menawarkan model lama pada harga diskaun atau armada semasa pengeluaran bertindih.

 

Previous post

Lotus Evora GT410 Sport Baharu

Next post

Ford Edge ST Berkuasa 335bhp

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>