Psst!

Ford Edge ST Berkuasa 335bhp

Ford secara rasmi memasuki segmen SUV prestasi dengan mendedahkan  Edge ST2019  baru.

Dengan Edge sebagai Ford SUV yang paling laris pada tahun 2017, masuk akalah untuk menambah lencana “ST” pada kenderaan itu dan menjadikannya lebih menarik.

Model Edge baharu adalah SUV pertama yang pernah ditala oleh Ford Performance. Ia datang dengan enjin 2.7 liter EcoBoost dengan 335 kuasa kuda dan tork 380 lb-ft. Irama merdu yang dihasilkan oleh enjin ini dihasilkan dwi-ekzosnya yang anda boleh harapkan dari model ST.

Dalam Mod Sukan bunyi Edge ST akan lebih garang dan lebih mendalam. Pasangan enjin EcoBoost adalah transmisi automatik 8-kelajuan yang menghantar kuasa kepada empat-empat roda.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

SUV yang paling pintar katanya. Terrima kasih kepada Post-Collision Braking, Evasive Steering Assist dan Adaptive Cruise Control dengan Stop-and-Go dan Lane Centering.

Walau bagaimana pun harapan adalah tipis untuk ianya datang ke Malaysia.

 

Previous post

FCA Belanja USD1Bilion Untuk Menaik Taraf Kilang Trak Dan Jipnya

Next post

Powertrain Terbaru Untuk Honda Insight

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>