Cerita Auto

Ini adalah kabin Range Rover SV Coupe baharu

Land Rover telah mengesahkan bahawa ia akan memperkenalkan Range Rover dua pintu yang dikenali sebagai SV Coupe pada acara Geneva Motor Show 2018 pada bulan Mac ini. Bagaimanapun, buat masa ini, syarikat itu hanya mendedahkan gambar ruang dalaman model tersebut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selain daripada tema warna yang berlainan untuk ruang hadapan dan belakang, SV Coupe dilihat mempunyai susun atur kabin yang sama seperti model Range Rover yang lain. Ia didatangkan dengan skrin infotainment yang diambil daripada Velar manakala bahagian belakang pula menampilkan konsol tengah lengkap dengan dua ruang simpanan serta kawalan sistem pendingin hawa.

Menurut Land Rover, model ini dibangunkan sempena sambutan ulangtahun ke-70 jenama itu. Hanya 999 unit akan dihasilkan untuk pasaran global dan setiap unit akan dipasang oleh Jaguar Land Rover Special Vehicle Operations (SVO) di Warwickshire, United Kingdom.

Ini bukanlah kali pertama Land Rover menghasilkan Range Rover dengan dua pintu. Malah, model itu pada asalnya muncul sebagai model coupe pada tahun 1970.

Previous post

Idea Hadiah Bell & Ross Yang Tidak Pernah Menghampakan

Next post

Aksi Hari Trek VWOCM @ Sepang Circuit

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>