Cerita Auto

Kia Picanto generasi ketiga dilancarkan – RM49,888

Naza Kia Malaysia memulakan tahun 2018 dengan pelancaran Kia Picanto baru di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

A post shared by Ross Hadi (@gohedgostan) on

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Hatchback itu kini telah memasuki generasi ketiga dan menjadi satu-satunya kereta bukan tempatan yang bersaing dalam segmen A. Ia ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu 1.2 EX dengan harga RM49,888.

SAM_0540

Dari luar, Picanto menampilkan reka bentuk dinamik dengan lampu projektor yang dipadankan, lampu nyalaan siang LED dan lampu belakang LED. Rim bersaiz 14 inci dan dibalut tayar 175/65.

SAM_0555

Bahagian kabin Picanto pula tampil lebih moden dan segar dengan penggunaan susun atur dan material baru. Terletak di konsol tengah adalah paparan bersaiz 7.0 inci yang didatangkan dengan navigasi dengan peta 3D, Apple CarPlay dan Android Auto dengan fungsi pengenalan suara. Ia juga mendapat roda stereng pelbagai fungsi yang dibalut kulit.

SAM_0594

Selain itu, Picanto turut menjanjikan ruang kabin lebih luas dengan tempat duduk hadapan yang diletakkan lebih rendah dan ke belakang. Tempat duduk belakang boleh dilipat secara 60:40 bagi menghasilkan ruang but maksimum sebesar 1,010 liter.

SAM_0565

Ciri-ciri lain yang turut disertakan termasuklah ‘keyless entry’, butang penghidup enjin, isyarat membelok ‘one touch’, kawalan lampu automatik, RPAS (Rear Parking Assist System), cermin sisi elektrik boleh lipat dan tingkap kuasa keselamatan pada bahagian pemandu.

SAM_0524

Picanto dikuasakan oleh enjin Kappa MPI 1.2-liter yang dipadankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan. Enjin tersebut menghasilkan 84 PS pada 6,000 rpm dan 121.6 Nm pada 4,000 rpm.

SAM_0544

Bagi aspek keselamatan, Picanto didatangkan dengan enam beg udara, ABS, Brake Assist, Electronic Stability Control, Traction Control, Hill-Start Assist Control dan ISOFIX.

SAM_0573

Picanto boleh didapati dalam lima warna berbeza iaitu Pop Orange, Lime Light, Honey Bee, Clear White dan Titanium Silver. Naza Kia turut menawarkan dua pakej aksesori Novus iaitu X (RM5,618) dan S (RM3,498). Aksesori yang termasuk dalam pakej-pakej tersebut adalah logo Novus, filem cermin solar, kit badan, tempat duduk kulit dan perakam video digital.

Previous post

Hyundai & Kia Motors Sedia Untuk Kemerosotan Penjualan GLOBAL

Next post

BMW M5 Isi Minyak Sambil Tengah Drift Untuk Drift 8 Jam

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>