Cerita Auto

Lexus Malaysia buka tempahan untuk LS 2018

Lexus Malaysia telah mengumumkan bahawa model LS 2018 kini dibuka untuk tempahan di semua bilik pameran Lexus di seluruh negara.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Diperkenalkan buat pertama kali di acara North American International Auto Show (NAIAS) 2017 di Detroit, LS menggunakan enjin dwi-turbo 3.5-liter V6 terkini yang mengekstrak 415 hp dan 599 Nm. Enjin itu digabungkan dengan transmisi automatik 10 kelajuan dan sistem stereng ramalan.

Dibina di atas platform GA-L baharu, LS menampilkan rekaan lebih mengagumkan yang diinspirasikan oleh kerja ketukangan Jepun. Ia mempunyai penampilan sebagai sebuah kereta coupe empat pintu namun mengekalkan keluasan kabin seperti sebuah sedan.

2018_Lexus_LS_500h_Debut_11_13C46E154EB620ED0720921C78111CC56387C388

Bahagian kabin menawarkan kemewahan serta pelbagai ciri seperti paparan 12.3 inci, sistem audio 3D Mark Levinson serta tempat duduk boleh laras lengkap dengan program urutan dan penyejukan.

Selain itu, antara ciri keselamatan yang ditawarkan adalah Pre Collision System yang memberi amaran tentang kemungkinan pelanggaran, dan Lane Departure Alert.

2018 Lexus LS Lifestyle Shot 2

LS direka dan dikeluarkan di kilang Lexus di Tahara. Sedan flagship itu menerima sambutan hangat di Jepun dengan jumlah pesanan sekitar 9,500 unit setakat ini, hampir 1,600% lebih tinggi berbanding sasaran jualan iaitu 600 unit setiap bulan.

Ia didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Sokongan selepas jualan dengan kakitangan terlatih disediakan di tujuh lokasi di seluruh Malaysia.

2018_LS_500h_Debut_6_044EE321722B662FA3199635D665681A46E3A0F3

Berikut adalah senarai harga bagi tiga varian LS yang ditawarkan:

 Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak
LS Luxury RM799,000 RM800,166.70 RM800,166.70
LS Executive RM999,000 RM1,000,166.70 RM1,000,166.70
LS Executive (Hybrid) RM1,459,000 RM1,460,132.00 RM1,460,132.00

 

Previous post

Kia Forte 2019 akan tampil lebih sofistikated

Next post

Pertembungan sengit menanti pengunjung di Vios Challenge Johor

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>