Cerita Auto

Mitsubishi Outlander 2.4L kini dalam versi CKD

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melancarkan Outlander 2.4L versi pemasangan tempatan (CKD) yang akan dijual bersama dengan Outlander 2.0L yang diperkenalkan pada September tahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Versi ini didatangkan dengan lampu LED depan dan belakang, lampu nyalaan siang LED, spoiler belakang serta rim 18 inci dwi-tona. Bumbung matahari dan pintu tailgate belakang elektrik dengan fungsi ‘anti-pinch’ turut disertakan.

Sunroof

Berbanding versi CBU yang dilancarkan pada awal 2016, Outlander 2.4L CKD didatangkan dengan skrin 7 inci lengkap dengan fungsi Apple CarPlay untuk pengguna iPhone serta Air Gesture Control untuk penggunaan untuk lebih mudah digunakan.

Apple Carplay

SUV ini dijanakan oleh enjin MIVEC DOHC dengan 167 PS dan 222 Nm, serta transmisi CVT INVECS III. Fungsi 4WD-nya dikawal menerusi sistem Multi-Select yang menyediakan tiga mod iaitu 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock.

Electronic Parking Brake

Ciri-ciri keselamatan standard termasuklah tujuh beg udara, ABS dan EBD, Brake Assist, Active Stability & Traction Control (ASTC), Hill Start Assist dan ISOFIX. Sebagai tambahan, ia juga dilengkapi dengan brek parkir elektronik dengan Auto Hold Assist, Brake Override System, Rest Reminder dan perakam video digital.

7 SRS Airbags

Ditawarkan dalam warna Ruby Black, Red Metallic dan Solar White, Outlander 2.4L CKD dijual pada harga RM155,000 (harga atas jalan tanpa insuran, termasuk GST).  MMM pada masa ini menawarkan diskaun sehingga RM4,000 bersempena dengan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Pelanggan akan turut mendapat pakej servis percuma selama dua tahun dan jaminan tanpa had perbatuan selama lima tahun.

Previous post

Alfa Panggil Balik Giulia BAHARU Kerana Kegagalan Brek ...... Pemilik Malaysia Bagaimana?

Next post

Jelajahi Keindahan Sulawesi Bersama Generali & ID42NER

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>