Promosi

MYPerodua Nation Mulakan Tahun Baru Dengan Tawaran Yang Menarik

Karnival kegemaran Perodua negara kembali ke Tahun Baru, dengan tawaran tambahan ke atas kempen Happy New Ride yang sedang berlangsung yang menolak RM2,000 dari Bezza Standard G dan Alza, dan RM1,500 dari Bezza Advance dan Axia.

Berikutan kejayaan tahun lepas di Shah Alam, karnival MYPerodua Nation akan ke utara hujung minggu ini ke Amanjaya Mall di Sungai Petani antara 13 dan 14 Januari, dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Pengunjung boleh mendapat sehingga 50% daripada alat-ganti terpilih, aksesori GearUp dan barangan di Karnival MYPerodua Nation, dan Happy Hours pada kedua-dua hari di mana pakej bahagian alat-ganti yang lebih menarik boleh didapati.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

MYPerodua Nation juga akan menampilkan pameran khas Compact Nation yang menceritakan kisah perjalanan 25 tahun Perodua ke arah menjadi pembuat kereta kompak yang paling disayangi di Malaysia.

Pengunjung dijemput untuk mengalami demonstrasi fungsi Advanced Safety Assist (ASA) Perodua Myvi dan berhibur denagan persembahan dari Aiman Tino, Aizat Amdan, Band Projektor, Hazama, Siti Nordiana dan juga BoBoiBoy.

Cabutan bertuah dengan telefon pintar bernilai lebih RM3,000, dan mini games, pertandingan, trak makanan dan juga pawagam luar menjanjikan dua hari yang menyeronokkan untuk anda dan keluarga anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara MYPerodua Nation, sila layari www.perodua.com.my.

 

Previous post

Yamaha MT-09 2018 terjah pasaran Malaysia - RM47,388

Next post

BMW 'M' Buka Kedai Di Singapura ... Malaysia?

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>