Berita Auto

Penjelasan mengenai penggunaan bitcoin untuk pembelian kereta Proton

Proton dalam satu kenyataan rasmi membuat penjelasan terhadap artikel-artikel yang tersebar di media sosial berkenaan penggunaan Bitcoin untuk pembelian keretanya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Syarikat itu menyatakan bahawa ia tidak mengiktiraf transaksi atau tawaran sedemikian dan gambar yang tular di media sosial menunjukkan bahawa transaksi tersebut dimulakan secara bebas oleh sebuah pusat jualan Proton. Operasi oleh pusat jualan tersebut telah digantung sementara siasatan lanjut dijalankan.

Proton mengalu-alukan kaedah inovatif untuk jualan kereta Proton untuk mengekalkan minat pelanggan. Walau bagaimanapun, pengedar dan rangkaian jualan dinasihatkan agar berhati-hati serta memberi pertimbangan yang sewajarnya dalam menjalankan aktiviti promosi yang tidak mendapat pengesahan syarikat itu.

Previous post

Jualan Proton stabil untuk 2017

Next post

Pasti Ada Cara Yang Lebih Menyenangkan Untuk Mengecas Plug In Hibrid Anda?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *