Gaya Hidup

Yusmanida Auto Buka Pusat 3S Perodua Dengan Kos RM11 juta

Pusat 3S Perodua baharu telah dibuka secara rasmi di Saujana Utama, Sungai Buloh, menyediakan keperluan jualan, perkhidmatan dan alat ganti kepada para pelanggan dan penduduk sekitarnya.

A post shared by Ross Hadi (@gohedgostan) on

Dimiliki dan dikendalikan oleh wakil jualan sah, Yusmanida Auto Sdn Bhd, cawangan tersebut dibina dengan keluasan 16,000 kaki persegi di atas kawasan seluas 45,000 kaki persegi; dikendalikan oleh sejumlah 65 pekerja termasuk 30 penasihat jualan dan 12 penasihat servis.

Cawangan tersebut dibuka secara rasmi petang tadi oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Haji Ahmad Maslan. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) Dato’ Madani Sahari, Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram Dato’ Haji Amiruddin Setro dan Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Yusmanida Auto telah menjadi wakil jualan sah Perodua sejak 2003 yang mana sebelum ini ianya mengendalikan cawangan jualan yang terletak di Jalan Meru, Klang,” kata Perodua Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

“Sepanjang 15 tahun ini, Yusmanida Auto telah menjalinkan hubungan yang baik dengan Perodua berdasarkan kepercayaan dan hasrat yang seiring untuk bersama-sama memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan kami,” tambah Datuk (Dr) Aminar.

Yusmanida interior

Pengarah Urusan Yusmanida Auto Sdn Bhd, Sarizal Yusman Yusoff berkata, pembinaan cawangan ini bermula pada Ogos 2016 dan ianya siap pada April 2017 seterusnya mula beroperasi pada September 2017.

“Kami amat gembira dan berbangga kerana dapat bekerjasama dengan pengeluar kereta paling laris negara.

“Kami berharap dengan meluaskan skop perniagaan kami dengan memasukkan servis dan alat ganti di lokasi baru ini, kami dapat menawarkan Pengalaman Perodua (Perodua Experience) yang terbaik kepada para pelanggan kami, selari dengan inisiatif Transformasi 2.0 Perodua” kata Sarizal.

Yusmanida service

“Keselesaan, kemudahan dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Pusat servis kami mampu menyelenggara enam buah kereta pada satu-satu masa dan ini meminimumkan tempoh menunggu. Para pelanggan boleh beristirehat di kawasan menunggu yang luas dan menarik yang mana terdapat tiga buah TV set, sebuah perpustakaan mini, tempat permainan kanak-kanak, mesin layan diri dan kemudahan membuat minuman,” katanya.

“Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Perodua kerana sokongan dan bimbingan mereka dalam memperkasakan usahawan-usahawan seperti kami,” kata Sarizal.

Pusat 3S Perodua baharu Yusmanida Auto terletak di Wisma Yusmanida, Lot 28808, Persiaran E1/1, Seri Pristana, 47000 Saujana Utama, Sungai Buloh.

Perodua kini mempunyai 186 cawangan jualan dan 183 cawangan servis serta 24 cawangan ‘Body & Paint’ di seluruh Malaysia.

Yusmanida exterior

Previous post

Servis Kereta Anda Di Tyreplus Pada Tahun Baru Cina Ini dan Bawa Pulang Cenderahati Michelin Man

Next post

BMW Group Malaysia lancarkan 530e Sport

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *