Motosikal / Lain Lain Roda

Harley-Davidson Bakal Lancarkan Motosikal Elektrik Dalam Tempoh 18 Bulan

Harley-Davidson mula bermain dengan idea motosikal elektrik sejak empat tahun lalu dengan pengenalan model konsep yang dikenali sebagai Livewire. Kini, pengeluar motosikal berkuasa tinggi itu telah mendedahkan bahawa ia akan menawarkan motosikal elektrik pertamanya dalam masa 18 bulan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tiada maklumat rasmi yang didedahkan setakat ini namun motosikal elektrik tersebut dijangka akan dibangunkan berasaskan Livewire. Dikuasakan oleh motor elektrik yang menghasilkan 74 hp, LiveWire versi prototaip mampu memecut dari 0 hingga 96 km/j dalam masa empat saat, namun mempunyai jarak tunggangan sekitar 90 km sahaja.

Keputusan Harley-Davidson untuk menghasilkan motosikal elektrik boleh dilihat sebagai salah satu langkah untuk menyelamatkan prestasi jualannya yang semakin merudum. Syarikat itu mengalami kejatuhan sebanyak 6.7% pada 2017 dan angka itu dijangka akan terus menurun pada tahun ini.

Lebih malang lagi, Harley-Davidson turut mengumumkan bahawa ia akan memberhentikan operasinya di Missouri, Amerika Syarikat, sekaligus menjejaskan kira-kira 800 pekerja.

Previous post

Jaguar I-Pace Akan Didedahkan 1 Mac Ini

Next post

Mulakan Tahun Baru Cina Dengan Toyota Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *