Gaya Hidup

Mengapakah Proton Masih Pedulikan PEKEMA?

Jenama kereta nasional yang satu lagi, begitu juga jenama kereta bukan national di Malaysia yang berkilang penuh dan berkhidmat selepas jualan tidak pernah ‘memanjakan’ penjual mereka sebagaimana Proton manjakan selama ini. Semasa zaman gemilang (pada tahun-tahun awal) mereka semua menjadi jutawan semalaman dan hanya yang  ‘terpilih’ dan yang ‘berkaitan’ boleh menjadi pengedar Proton.

Hanya segelintir peniaga ‘tulen’ menjadi peniaga Proton dan segelintir ini masih kekal tanpa pertolongan Proton … sebuah syarikat yang tidak pernah gagal membantu mereka, memimpin mereka keluar dari kegelapan dan membiayai mereka bulan demi bulan untuk mengekalkan banglo mereka, pelbagai rumah di luar negara mereka  dan percutian Eropah yang mewah mereka. Ingatkah lagi kepada zaman gemilang dahulu apabila peniaga Proton (PEKEMA) duduk di bilik pameran mereka dan hanya mengambil tempahan tanpa menjaga pelanggan mereka. Ingatkah lagi kepada zaman permintaan untuk Saga, Iswara dan Wira begitu tinggi sehinggakan peniaga Proton akan minta wang tambahan untuk mempercepatkan penghantaran kereta anda. Ingatkah lagi kepada zaman apabila anda meminta peniaga untuk warna tertentu dan mereka boleh menjawab  ‘ambilah warna apa yang mereka ada’ atau tidak, kerana mereka banyak pelanggan lain.

Masihkah anda ingat bila:

  1. Power window Proton baharu anda akan rosak dalam hanya beberapa minggu sahaja.
  2. Pelekat tepi kereta yang pembeli dipaksa beli akan mengupas
  3. Head-unit Blaupunkt akan rosak.
  4. Atau pengera kereta yang berbunyi di tengah-tengah malam berkali-kali dan hanya boleh dihentikan jika anda putuskan sambungannya.
  5. Atau lapisan bumbung akan mula kendur selepas hanya beberapa bulan?

Kini, mereka yang sama masih mahukan bantuan … dari syarikat yang sedang mengalami kekurangan jualan dan kakitangan dalaman di ibu pejabat Proton dan pemilik korporatnya bekerja keras untuk mengekalkan jenama, imej dan jualan berterusan dan meningkat. Dengan pembelian saham Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. (Geely) dalam syarikat ini adalah perkara yang terbaik yang pernah berlaku kepada jenama ini dan kami berharap pengurusan Geely akan mengekalkan kiraan kepala markas Proton dan membolehkan mereka bernafas lebih senang sedikit dan memberi ganjaran kepada mereka tidak lama lagi kerana keghairahan mereka untuk terus mengekalkan jenama ini. Mengenai ‘mereka yang dimanjakan’ ini … sudahlah, cari rakan kongsi baharu (akan ada peniaga sebenar yang ‘tulen’ yang mahu menjadi pengedar Proton) dan mengembangkan perniagaan secara profesional seperti semua jenama kereta lain Malaysia. Tidak ada tempat lagi untuk mereka yang perlu dimanja-manjakan. Ini bukan politik … ini perniagaan dan berjuta-juta rakyat Malaysia yang telah menyokong jenama ini selama ini dan berbelanja banyak demi kesusutan nilai yang tinggi dan kos penyelenggaraan yang tinggi kerana vendor yang mahal lagi tidak berguna, sudah bosan dan penat mendengar omong kosong mereka.

Previous post

Ford Akhiri Pengeluaran Focus RS Dengan Heritage Edition

Next post

Kereta Konsep Subaru VIZIV Tourer

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *