Cerita Auto

Nissan Terra Diperkenalkan

Nissan telah memperkenalkan Terra, sebuah SUV ‘body-on-frame’ dengan tujuh tempat duduk yang akan memasuki pasaran China tidak lama lagi, diikuti dengan pasaran-pasaran Asia yang lain.  Ia merupakan model kenderaan komersil ringan (LCV) pertama yang akan dilancarkan di bawah rancangan ‘Nissan M.O.V.E. to 2020′.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Nissan, satu dalam setiap enam kenderaan jenama Nissan yang dijual di seluruh dunia adalah kenderaan berasaskan rangka atau LCV. Ia merancang untuk terus meningkatkan jualan melebihi 40% menjelang 2020 serta menjadi peneraju global dalam segmen pikap dan SUV berasaskan rangka.

04 Nissan Terra

Berdasarkan gambar-gambar yang dikeluarkan, Terra kelihatan saling tidak tumpah seperti model asasnya iaitu Navara. Ia juga mempunyai susun atur kabin yang hampir sama dengan trak pikap tersebut.

03 Nissan Terra

Dari segi enjin, model saingan Toyota Fortuner dan Mitsubishi Pajero Sport ini mungkin menampilkan enjin turbodiesel 2.5-liter yang sama dengan Navara. Maklumat lanjut mengenai model terbaru ini akan didedahkan pada bulan April ini.

Previous post

Rolls-Royce Silver Ghost Collection - Hanya 35 Unit Ditawarkan

Next post

Honda Civic Type R Versi BTCC

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>